top of page

ALLAH TAHU HATI KITA

Aku memerhatikan sekawanan burung Pulang ke sangkar bersama perut kenyang Langit hampir diselimut gelap malam Matahari sudah hampir di ufuk barat Berdiam diri tidak menghasilkan buah Rumput tak mekar jika tiada hujan Padi tak semangat berputik jika tidak di bajai Senyum segaris tak mungkin tanpa pengorbanan Hasil adalah dari kerja keras Bukan tawakkal menunggu hujan emas Atau menadah tangan menunggu sedekah Atau menebal muka memohon belas Kejayaan adalah dari anak tangga usaha Selepas hempas pulas tulang dibanting Kerja akal berfikir Anggota menurut apa yang difikir Berpangku tangan bermimpi Esok terbina mahligai gah menjadi milikku Itu cuma pekerjaan ilusi Teruskanlah berhalusinasi Usaha seiring dengan doa Allah tahu hati kita berbicara Merintih menangis memohon kepadaNya Usahalah tanpa putus asa SRI 150617

Sumber gambar : Google Images


SENARAI POS :
bottom of page