top of page

Apabila Aku Bertanya Kepada Diriku

Seharian tadi aku bekerja. Aku pulang kerumah setelah petang. Setiap hari aku berulang alik di tempat yang sama. Bekerja. Dengan harapan memperoleh gaji dan dapat menampung hidupku dan juga keluargaku. Jika aku tidak bekerja bagaimana hidup mahu diteruskan. Hidup adalah untuk bekerja. Jika tidak, maka manusia akan mati.


Namun


Mengapa aku merasa pekerjaanku ini tidak bermakna. Aku merasa aku seperti sebuah robot. Bekerja tanpa berfikir. Tidak gembira. Hanya kerana aku mengharapkan duit gaji. Jika bukan kerana itu, sudah tentu aku sudah tidak bekerja lagi. Iya, aku terpaksa bekerja. Bekerja kerana mahu duit!. Mengapa aku tidak gembira? Apakah perkara yang boleh memberikan kegembiraan kepadaku dalam pekerjaan ini.





Bosan


Kerana aku lihat semua orang bekerja kerana mahu nama. Rajin kerana mahu digelar rajin. Pandai membodek boss kerana mahu sesuatu daripada boss. Dihadapan boss berpura-pura menjadi pekerja yang paling rajin, paling bededikasi dan yang paling cermat. Dibelakang, dialah yang paling pemalas dan serig tidak amanah kepada masa. Duit apakah yang diterimanya itu. Sudah tentu duit yang tidak berkat.



Kenapa?


Aku menyoal diriku, kerana apa mereka menjadi seperti itu. Untuk apa? Apakah perkara itu yang akan memberi bahagia? Apakah dengan mengumpul harta kekayaan itu dapat memenuhkan hati dan perasaan? Jika ya, kenapa masih ada orang yang kaya dan terkenal membunuh diri? Apakah tidak cukup dengan kesenangan itu saja yang memberi bahagia?






Aku insaf


Kenal diri, maka aku akan berupaya untuk mengenal tujuan hidupku. Dari mana, ke mana dan untuk apa aku ada di dunia. Aku menyoal-nyoal diriku sendiri dan menjawab sendiri kepada pertanyaan yang aku timbulkan. Kemudian, hatiku menjadi tenang semula. Apakah aku mampu untuk menunaikan semua perkara yang dituntut kepadaku itu? Apakah aku boleh?


Sayu


Entah kenapa hatiku rasa sayu. Aku merindukan sesuatu yang aku rasa ia jauh. Masih lama lagikah aku perlu menunggu. Semua orang sedang menunggu. Penantian itu tidak boleh disia-siakan begitu saja. Apakah bekal yang sudah berjaya dikumpul setakat ini. Sudah banyakkah?




Ke mana akhirku?


Aku sendiri tidak pernah tahu akan jawapan itu.

Hanya kepadaNya sahaja aku berharap dan memohon pertolongan.


SENARAI POS :
bottom of page