top of page

12 Buruj dalam Bahasa Arab

Sering kita dengar perkataan zodiak. Di surat khabar, majalah dan laman sesawang. Biasanya zodiak ini dikaitkan dengan horoskop. Lahir di bulan berapa dan buruj apa yang ada pada waktu tersebut. Kemudian, buruj-buruj tersebut dikaitkan dengan sikap, ciri-ciri dan untung nasib seseorang.


Dalam satu tahun, terdapat 12 peredaran buruj-buruj yang melintasi langit malam kita. Buruj-buruj merupakan gabungan bintang-bintang yang berada di langit. Bintang-bintang tersebut telah dibayangkan di dalam pelbagai bentuk dan ia diberi nama. Orang zaman dahulu sangat bergantung kepada bintang-bintang ini untuk tujuan penunjuk arah. Tidak kurang ada yang menjadikan sebagai objek untuk sembahan.


Selama ini kita sering mendengar nama-nama buruj 12 seperti Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces. Buruj-buruj ini akan beredar di langit di dalam masa setahun dan berulang-ulang pada setiap tahun. Setiap buruj mempunyai tempoh 30 darjah dan setiap 1 darjah mewakili 60 minit dan tiap-tiap 1 minit mewakili 60 saat. Setiap buruj yang beredar akan mengambil tempoh selama 29/30/31 atau 32 hari berdasarkan pergerakannya yang sebenar.


Istilah untuk bidang ini dinamakan sebagai ilmu astrologi. Konsep zodiak ini berasal daripada astrologi Babylon dan kemudiannya telah dipengaruhi oleh budaya Helenistik (Greek). Pergerakan buruj-buruj ini bermula daripada titik persilangan antara garisan ekliptik dengan garisan kpistiwa samawi. Persilangan tersebut digelar sebagai First Point of Aries (Vernal Equinox) yang berlaku pada 21 Mac.



Sebagaimana yang diketahui, tidak ramai yang mengetahui istilah-istilah buruj ini di dalam bahasa Arab. Dengan itu, suka untuk JB memperkenalkan nama-nama buruj tersebut yang digunakan oleh ahli falak termasuklah ahli falak alam Melayu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin. 12 buruj tersebut ialah,


1) Aries - حمل (Hamal) : 21 Mac - 19 April

2) Taurus - ثور (Thaur) : 20 April - 20 May

3) Gemini - جوزاء (Jauza') : 21 May - 21 Jun

4) Cancer - سرطان (Sarthan) : 22 Jun - 22 Julai

5) Leo - اسد (Asad) : 23 Julai - 22 Ogos

6) Virgo - سنبله (Sunbulah) : 23 Ogos - 22 September

7) Libra - ميزان (Mizan) : 23 September - 23 Oktober

8) Scorpio - عقراب (Akrab) : 24 Oktober - 21 November

9) Sagittarius - قوس (Qaws) : 22 November - 21 Disember

10) Capricorn - جدي (Jadi) : 22 Disember - 19 Januari

11) Aquarius - دلو (Dalwu) : 20 Januari - 18 Februari

12) Pisces - حوت (Hut) : 19 Februari - 20 Mac







SENARAI POS :
bottom of page