Apakah Tujuan Hidup?
Dari mana aku datang?
Kenapa aku wujud didunia ini?
Kemana aku pergi selepas mati?
Pernahkah anda terfikir tentang soalan ini atau ia kadangkala muncul di dalam benak anda?
Apakah tujuan hidup?
Adakah Tuhan wujud?
Adakah kita diciptakan atau kita terjadi daripada beruk?
Apakah yang akan terjadi kepada kita selepas mati?
Mungkin anda merupakan seseorang yang istimewa yang tidak percaya bahawa anda mempunyai tujuan hidup. Maka bagi anda hidup tidak mempunyai makna dan anda akan menjawab soalan di atas dengan jawapan yang sedemikian :
Saya tidak peduli, saya hanya mahu berseronok dalam hidup sahaja.
Saya tidak tahu, saya tak pernah memikirkannya
Saya tahu Tuhan wujud, tapi saya keliru tentang semua agama. Saya tidak tahu mana satu yang betul.
Saya cuba untuk berakhlak baik dalam hidup, itu saja.
Ia bukanlah satu permasalahan. Tidak percaya yang anda mempunyai tujuan hidup tidak dapat menghalang untuk anda menemui tujuan hidup itu seumpama tidak percaya kepada kewujudan graviti tidak menghalang anda untuk terjatuh.
Jika kita mahu menemukan apakah tujuan hidup, kita hendaklah mengosongkan fikiran kita terlebih dahulu dan semua tujuan hidup yang salah yang telah diajarkan kepada kita dahulu (termasuk idea bahawa kita tidak mempunyai tujuan hidup sama sekali).
Einstein telah mengatakan "satu perkara yang telah saya pelajari dalam hidup saya ialah, semua ilmu sains kita ini, telah diukur dengan bertentangan dengan realiti, iai adalah primitif dan seperti kanak-kanak.. Sains tanpa agama ialah tempang, agama tanpa sains adalah buta."
Apakah hidup hanya untuk ENJOY?
Apakah beza antara manusia dan binatang jika tujuan hidup kita hanya untuk enjoy, makan, minum, bekerja, berkahwin dan mati? Binatang juga enjoy dengan kehidupannya, bekerja untuk makan dan minum, mempunyai keluarga dan mati. Akallah yang membuat kita berbeza dengan mereka. Tuhan telah menganugerahkan kepada kita akal untuk berfikir tentang TUJUAN utama hidup kita di dunia ini.
Saya tidak tahu, saya tak pernah terfikir mengenainya
Apakah kita menantikan sesuatu yang BURUK untuk berlaku kepada kita dan masa itu barulah kita mahu berfikir?
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj 22:46)
Saya tahu Tuhann itu wujud, tapi saya keliru dengan semua agama yang wujud. Saya tidak tahu mana satu yang benar. Saya cuba untuk hidup dengan akhlak yang baik itu saja.
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Nahl 16:43)
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Anbiyaa' 21:7)
Jika niat kita adalah untuk mencari KEBENARAN, maka lakukanlah perbandingan kajian di dalam pelbagai Kitab agama bukan melalui penganutnya. Sesungguhnya kebenaran akan tersingkap dan kepalsuan akan terbongkar.
Adakah hidup ini mempunyai TUJUAN?
Tuhan mempunyai tujuan yang lebih BESAR kepada diri kita. Ia melebihi dari keperluan peribadi, ketenangan kita dan malah kegembiraan kita. Ianya akan berkekalan melebihi keluarga, kerjaya dan apa sahaja cita-cita kita yang kita rasakan besar. Jika kita mahu tahu kenapa kita ditempatkan di dunia ini, kita mesti bermula dengan Tuhan pencipta kita. Kita dilahirkan kerana Tuhan menciptakan kita dan Dia mempunyai tujuan terhadap penciptaan kita.
Oleh kerana kita tidak menciptakan diri kita sendiri maka tidak akan ada cara yang membolehkan kita menjawab bahawa kita diciptakan untuk apa! jika saya tunjukkan kepada kamu sesuatu ciptaan yang baru, sudah tentu kamu tidak tahu apakah kegunaanya. Maka pencipta kepada ciptaan itulah yang akan tahu dan menunjukkan apakah tujuan ia diciptakan.
Lihatlah telefon bimbit anda, adakah ia mempunyai kegunaan? Siapakah yang menentukan kegunaannya? Adakah telefon bimbit itu sendiri yang mencadangkan ataupun pencipta telefon itu?
Jika telefon mempunyai tujuan, bagaimana pula dengan manusia? Apakah yang telah diberitahukan Allah kepada kita tentang tujuan penciptaan manusia? Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa manusia diciptakan untuk menjadi KHALIFAH! Khalifah adalah orang yang bertanggungjawab terhadap alam (QURAN, 2:30)
Sangatlah ringkas! tujuan hidup seorang manusia adalah untuk beribadah kepada penciptanya. Intipati pesanan Allah ini telah disampaikan melalui para nabi-nabi.
Bersambung.
Artikel ini merupakan artikel yang diterjemahkan daripada pmaplet yang diperolehi daripada