top of page

BELAJAR BAHASA JAWA 1

  • Writer: Siti Rahimah Ikhsan
    Siti Rahimah Ikhsan
  • 3 Mac 2017
  • 2 min membaca

Pengenalan


Assalamulaikum. Kabar kabeh? (apa khabar semua?) Di kesempatan yang ada ini suka untuk saya berkongsi pelajaran bahasa Jawa. Bahasa Jawa sekarang ini jika di amati hanyalah sebagai bahasa perbualan bagi masyarakat Jawa di Malaysia. Tanpa kita sedari, budaya bahasa ini semakin lama semakin meluntur kerana pesatnya perkembangan hidup yang lebih moden dan pengamalan budaya asing yang lebih terbuka. Masyarakat Jawa minoriti di Malaysia sudah bercampur gaul dan meresap menjadi satu bangsa Malaysia dan mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka untuk generasi muda. Maka, atas kesedaran dan kebimbangan terhadap hilangnya warisan budaya ini, saya dengan sekecil-kecil usaha mahu berkongsi pengetahuan mengenai bahasa Jawa yang telah sebati dalam diri saya.


Mungkin saja kemahiran berbahasa Jawa saya tidaklah sehebat mana. Namun, sisa-sisa yang ada ini eloklah kiranya saya pelihara dan lestarikannya. Semoga dengan usaha kecil ini dapat terus menjadikan negara kita menjadi istimewa kerana kaya dengan budaya dan keberagaman bahasanya. Apapun, bagi yang bukan orang Jawa jangan segan silu untuk belajar. Siapa tahu, mungkin anda akan berjodoh dengan orang Jawa? Ataupun bersahabat dan bergaul dengan orang Jawa. Indahlah rasanya jika kita dapat mengetahui selok belok budayanya dan dapat mengadaptasi di dalam masyarakat dan seterusnya dapat berkongsi rasa dan pengalaman dalam hidup. Semua bahasa di dunia ini indah belaka dan ada keunikannya tersendiri. Tidak ada istilah bahasa mana yang lebih tinggi dan mulia. Hanyalah satu-satunya bahasa yang boleh diangkat sebagai bahasa yang paling agung ialah bahasa Arab kerana ia adalah bahasa yang menyampaikan tentang perkataan Allah.


Dengan itu, saya ucapkan selamat berusaha untuk belajar bahasa Jawa!


Pelajaran di bahagian permulaan ini saya mahu kongsikan suasana di sekitar rumah. Saya pilih bahagian dapur. Kita belajar cara santai sahaja ya!




1) Sendok - Sudu


















2) Iros - Sudu nasi





















3) Solet - Sendok goreng ikan





















4) Piring - Pinggan
























5) Cingkir - Cawan





















6) Entong - Senduk gulai













7) Mangkok - Mangkuk





















8) Ayan - Besen






















9) Belangah - Kuali

















10) Kendil - Periuk


















Setakat ini sahaja dahulu pelajaran kita, sehingga bertemu lagi di perkongsian yang akan datang. Nantikan ya!


Sekian terima kasih!


SRI.


Comments


SENARAI POS :

© 2016 Jariku Bercerita - rahimahikhsan.wix.com/jarikubercerita

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page