top of page

Imej terbaik Alpha Centauri A dan B


Buruj Centaurus


Sistem bintang yang paling hampir dengan Bumi ialah kumpulan bintang Alpha Centauri yang terkenal. Ia terletak di dalam buruj Centaurus, iaitu berjarak kira-kira 4.3 tahun cahaya. Sistem bintang ini terdiri daripada bintang dedua Alpha Centauri A dan Alpha Centauri B serta bintang kerdil yang berwarna merah pucat Alpha Centauri C. Bintang Alpha Centauri C dikenali juga dengan nama Proxima Centauri.




Teleskop Hubble


Imej bintang ini merupakan imej yang terbaik yang diperolehi daripada teleskop Hubble NASA/ ESA (Europen Space Agency). Teleskop ini telah merakam imej Alpha Centauri A (kiri) dan Alpha Centauri B (kanan) yang menakjubkan. Bintang-bintang ini bersinar seperti lampu terang yang menerangi angkasa yang gelap gelita. Imej ini telah diambil oleh Wide-field and Planetary Camera 2 (WFPC2). WFPC2 ini merupakan peralatan yang sering digunakan di dalam tempoh 13 tahun teleskop ini berfungsi. Kemudian, ia telah diganti dengan WFPC2 pada tahun 2009 semasa Servicing Mission 4. Potret Alpha Centauri ini telah dihasilkan melalui pemerhatian yang dilakukan menggunakan panjang gelombang inframerah-dekat dan panjang gelombang optik.


Jenis Bintang


Jika dibandingkan dengan Matahari, Alpha Centauri A merupakan merupakan bintang jenis kumpulan yang sama, G2 dan lebih besar sedikit daripada Matahari. Manakala bintang Alpha Centauri B merupakan bintang jenis K1 yang mana ia lebih kecil. Mereka berdua mengorbit (mengelilingi) pusat dan graviti yang sama sebanyak 80 tahun sekali dengan jarak minimum 11 kali jarak Bumi dengan Matahari. Bintang jenis ini merupakan bintang yang terbaik yang dikaji oleh ahli astronomi. Mereka juga merupakan diantara bintang sasaran utama untuk memburu habibat exoplanet (planet yang mengorbit bintang dan berada di luar sistem suria).





Sebenarnya, telah ditemukan sebuah planet yang mengorbit Alpha Centauri B oleh ahli astronomi. Penemuan ini diperoleh dengan menggunakan peralatan daripada European Organization's HARPS. Kemudian, pada 24 Ogos 2016 ahli astronomi telah mengumumkan penemuan menarik dari planet yang hampir bersaiz Bumi dalam zon yang boleh didiami dan mengorbit bintang Proxima Centauri.


Kredit gambar : ESA/NASA

Kredit teks : Agensi Angkasa Eropah

Editor teks : Ashley Morrow


Rujukan : nasa.gov

Url : https://www.nasa.gov/image-feature/goddard/2016/hubbles-best-image-of-alpha-centauri-a-and-b




SENARAI POS :
bottom of page