top of page

5 Tabiat Orang Berjaya

Anda mahu berjaya?


Jika mahu berjaya bagaimana caranya? Apa tabiat orang yang berjaya?


Semua orang mahu berjaya. Siapa yang tidak mahu berjaya itu bukanlah manusia yang normal. Maka, apakah tabiat orang yang berjaya?


1. Bangun awal


Orang yang bangun di awal pagi akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan pekerjaan. Terutama kita orang Islam, bangun awal sebelum Subuh sangatlah digalakkan kerana waktu pagi ialah waktu yang paling berkualiti untuk berkhalwat dengan Allah.

Jika anda merasa sukar untuk bangun awal pagi, cubalah tetapkan nada jam penggera dengan menggunakan nada muzik yang kuat/menjengkelkan. Cara yang lain ialah dengan meletakkan jam anda jauh daripada tempat tidur anda. Jika ia berbunyi, anda pasti akan bangun untuk mematikan jam loceng tersebut.


Sebenarnya, anda tidak perlu untuk mengunci jam loceng. Jika anda sudah terbiasa bangun awal, anda pasti tidak memerlukan jam loceng untuk mengejutkan anda lagi. Semuanya adalah berpandukan carafikir kita.




2. Banyak membaca


Semakin banyak membaca, kita akan mendapat semakin banyak perkataan yang baru. Kita ada mempunyai maklumat yang orang lain tidak ada.

Dengan maklumat dan pengetahuan yang kita ada kita akan dapat berkongsi cerita kepada orang lain.Jika anda membaca, cubalah ingat beberapa plot penting di dalam buku yang anda baca serta beberapa sejarah mengenai buku yang anda baca. Orang akan tertarik mendengar jika anda dapat mengingat semua cerita yang anda baca. Ini menunjukkan anda adalah seorang yang bijak dan cerdas!






3. Menjadikan kesihatan sebagai perkara utama

Orang yang mementingkan kesihatan akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Orang yang sihat akan dapat melakukan banyak aktiviti berbanding orang yang sakit. Jika anda mempunyai perancangan, tetapi anda berasa tidak sihat, bagaimana anda dapat meneruskan rancangan anda?






4. Jangan fikirkan apa orang kata


Kadangkala kita terlalu memikirkan tentang apa pandangan orang lain terhadap kita sehingga kita terpaksa mengenepikan impian kita. Orang akan sentiasa tidak berpuas hati dengan kita.

Sampai bila kita mahu dengar kata orang? Jika anda mempunyai matlamat dan impian yang jelas, teruslah memburu impian anda itu bersungguh-sungguh. Kata-kata yang tidak baik dari orang sebenarnya adalah salah satu cabaran yang anda perlu lalui.


5. Masa kita tidak banyak


Sering diingatkan bahawa kita tidak mempunyai masa yang lama. Fikirkan setiap kali anda melakukan pekerjaan, mungkin saja anda akan mati beberapa minit lagi. Kita juga tidak selamanya muda. Bertindak adalah perkara yang paling penting. Jangan biarkan masa terbuang kerana sikap kita yang suka bertangguh!




Itu saja daripada SRI untuk hari ini. Semoga anda semua dapat mencapai segala impian yang anda impikan. Semoga berjaya!


Rujukan : The Merciful Servant (youtube)


SENARAI POS :
bottom of page