3 Jenis Populasi Bintang
Apa itu bintang?
Bintang ialah bebola gas. Bintang mengeluarkan haba dan cahaya. Matahari merupakan salah satu daripada bintang.
Bagaimana ia terbentuk?
Bintang terbentuk daripada awan antaranajam/ nebula. Nebula merupakan awan yang berada di angkasa. Ia terdiri daripada gas dan debu.
Warna yang terdapat pada bintang menunjukkan betapa sejuk atau panasnya ia. Bintang yang berwarna biru adalah bintang yang paling panas manakala bintang yang berwarna merah adalah bintang yang paling sejuk (tidak sejuk seperti ais, bintang masih tetap panas).
Bintang kita, matahari adalah bintang yang berwarna kuning. Oleh itu, ia tergolong dalam kalangan bintang yang agak sejuk.
Jika kita lihat matahari, ia akan kelihatan sangat besar. Namun, sebenarnya ia hanya mempunyai saiz pertengahan. Matahari kelihatan besar kerana ia berada dekat dengan kita.
Populasi Bintang
Bintang terdiri dari 3 populasi.
Populasi I
Bintang jenis ini merupakan bintang yang kaya dengan kandungan besi. Bintang ini adalah daripada kalangan bintang generasi kedua (lahir setelah berlaku kematian bintang generasi pertama). Bintang ini telah lahir daripada awan antaranajam/nebula yang kaya dengan unsur berat dari bintang yang sebelumnya. Bintang-bintang jenis ini berada dikawasan piring galaksi. Orbitnya pula berbentuk lingkaran. Umur bintang ini adalah muda berbanding populasi yang lain.
Populasi II
Bintang jenis ini sangat miskin kandungan besi. Ia merupakan bintang yang lahir daripada generasi pertama. di dalam galaksi. Bintang ini lahir daripada awan antaranajam yang masih tidak tercampur dengan bahan lain.
Bintang yang berada di dalam populasi ini, akan berada di dalam halo dan pada bonjolan pada galaksi Bima Sakti. Ia juga mempunyai orbit yang berbentuk elips (lonjong). Bintang jenis ini merupakan bintang yang tua.
Populasi III
Bintang ini merupakan bintang pertama yang lahir di alam semesta. Ia lahir dalam protogalaksi. Kandungan di dalam bintang ini masih lagi murni yang mana terhasil sebaik sahaja berlaku letupan besar (BIG BANG). Oleh sebab itu, bintang ini mempunyai kandungan besi yang sangat rendah.
Bintang-bintang jenis ini mempunyai bintang yang sangat besar, sangat panas dan mempunyai umur yang agak pendek. Ia juga akan meletup menjadi supernova dan seterusnya akan kaya dengan kandungan besi dan membentuk bintang jenis populasi II. Namun begitu, bintang jenis ini masih lagi di dalam kajian dan tidak ada bukti daripada pemerhatian. Kajian masih lagi perlu dijalankan berkenaan dengan bintang jenis ini.
Sekian.
Rujukan :
1) nasa.gov
2) Zaghloul Najjar