Bintang Mati Bersinar Menyeramkan
Sinaran yang menyeramkan ini adalah daripada sebuah bintang yang mati, yang telah meletup lama dahulu sebagai supernova. Ia diketahui oleh teleskop angkasa Hubble sebagai Nebula Ketam. Akan tetapi jangan tertipu. Objek yang kelihatan mengerikan ini masih mempunyai denyut nadi. Ia bersemadi pada pusatnya yang digelar jantung bintang, yang berdenyut dengan irama yang berketepatan.
"Jantung' tersebut ialah bahagian teras yang telah hancur kerana letupan bintang. Ia digelar sebagai bintang neutron. Jisimnya lebih kurang sama dengan matahari namun, ia telah menjadi sfera yang sangat tumpat sehingga menjadi beberapa meter sahaja dan 100 bilion kali lebih kuat daripada besi. Rumah berkuasa kecil adalah bintang terang yang berdekatan dengan pusat imej tersebut.
Sisa letupan yang masih tinggal ini adalah sebuah dinamo yang sangat besar, ia berputar sebanyak 30 kali sesaat. Objek yang berputar secara aneh ini menghasilkan medan magnet yang sangat ganas sehingga mencapai 1 trilion voltan elektrik. Aktiviti yang sangat bertenaga ini melepaskan gelombang yang kelihatan terikat yang membentuk cincin yang berkembang dan lebih mudah dilihat pada bahagian atas kanan pusaran denyutan nadi tersebut.
Gas panas nebula bersinar pada sinaran yang melebihi spektrum elektromagnetik iaitu dari dari sinar radio hingga sinar X-ray. Dedahan pada Hubble diambil pada cahaya tampak (dedahan hitam-putih). Kamera yang melakukan kajian terhadap objek tersebut telah membuat pemerhatian dari bulan Januari sehingga September 2012. Warna hijau pada nebula tersebut mewakili julat warna penapis yang digunakan dalam pemerhatian tersebut.
Nebula Ketam merupakan salah satu daripada letupan supernova yang paling bersejarah dan paling banyak dikaji. Pemerhatian terhadap nebula bermula sejak 1054 SM, apabila seorang ahli astronomi China pertama kali merakam sebuah 'bintang tamu' disiang hari selama 23 hari. Bintang tersebut 6 kali lebih terang daripada Zuhrah. Pemburu bintang Jepun, Arab dan Amerika juga telah menjumpai sebuah bintang misteri. Pada tahun 1758 semasa memburu sebuah komet, seorang ahli astronomi Perancis bernama Charles Messier telah menemui sebuah nebula yang berasap berhampiran lokasi supernova yang telah lama lenyap. Beliau kemudiannya telah menambah nebula tersebut di dalam katalog objek samawinya sebagai 'Messier 1', dan ditandainya sebagai "komet palsu". Hampir satu abad selepasnya, seorang ahli astronomi British William Parsons telah melakarkan imej nebula. Lakaran tersebut hampir sama dengan bentuk ketam sehingga membentuk nama lain bagi M1 (Messier 1) iaitu sebagai Nebula Ketam. Pada tahun 1928, Edwin Hubble telah menyatakan buat pertama kali bahawa Nebula Ketam tersebut mempunyai kaitan dengan "bintang tamu' yang ditemui oleh ahli astronomi China pada tahun 1054.
Nebula adalah objek yang sangat terang dan dapat dilihat melalui teleskop amatur. Jaraknya ialah 6,500 tahun cahaya dan terletak pada buruj Taurus.
Artikel ini diterjemah daripada laman web nasa.gov yang ditulis oleh :
Ray Villard Space Telescope Science Institute, Baltimore, Maryland Villard@stsci.edu 410-338-4514
https://www.nasa.gov/feature/goddard/2016/a-dead-stars-ghostly-glow