top of page

PUISI UNTUK SYRIA

Sesaat pulang dari pasar membeli 2 keping roti

Tiba-tiba kudengarkan suara bom dijatuhkan dari udara

Ia pon meledak bila gugur di bumi

Ia kedengaran terlalu hampir dari tempatku berdiri

Lalu aku berlari pulang

Dari jauh aku sudah mendapat gambaran

Bahawa letupan itu adalah rumahku

Kulihat sudah hancur rumahku

Hanya serpihan batu-bata dan debu mengelabui mataku

Pasukan orang bertopi putih kelam kabut menggali timbunan batu-bata

Ku genggam bungkusan roti di tangan sekuatnya

Mataku terpana hatiku membeku dengan tangisan yang tidak bersuara

Ibu, adik-adikku, nenekku

Semua mereka ada didalam rumah itu seketika aku keluar.

Hati kecilku berharap yang mereka tadi keluar

Pergi ke rumah pakcik Halim

Atau kemana-mana saja

Aku berharap ibuku sedang mengambil air

Atau adik-adikku keluar bermain di sekolah yang tidak jauh dari rumah

Aku berharap mereka tidak ada di dalam timbunan runtuhan itu

Aku berdoa di dalam hatiku.

Seketika kau berdiri terpana tidak jauh dari rumahku yang sudah hancur

Serasa lututku begitu lemah sekali untuk turut mencari keluargaku

Lalu terdengar suara laungan takbir

Syahid!

Aku perlahan-lahan melangkah

Kulihat sesusuk tubuh kecil dirangkul oleh mereka.

Basah darah menitik-nitik di atas bebatuan

Kupercepatkan langkahku

Lalu kubuka kulihat wajah siapa itu

Aduhai adikku Ahmad sudah syahid

Wajahnya berlumuran darah

Badannya hancur

Kuletakkan telingaku hampir dengan hidungnya.

Mahu kudengar nafasnya

Lalu aku ditarik oleh pasukan bertopi putih

Mereka ucapkan bahawa bersabarlah,ia sudah pergi

Innalillahi wainna ilaihi raajiun

Kurangkul Ahmad adikku

Lalu aku berjalan dan terus duduk ditepi jalan dan kubaringkan Ahmad dipangkuan ku

Ahmad, kau meninggalkan abang sendiri Ahmad.

Kucium wajahnya yang berbau darah

Ku sapu dengan lengan bajuku

Kulihat wajahnya tersenyum

Langsung tidak menggambarkan kesakitan terhadap tubuhnya yang sudah hancur remuk

Ahmad adikku..di mana ibu, nenek, Sarah dan Maryam?

Ucapkanlah Ahmad bahawa mereka tidak ada di bawah reruntuhan itu Ahmad.

Kudengarkan suara takbir bergema-gema.

Lalu kuletakkan Ahmad seketika di atas pembaringannya

Ku berlari kearah mereka

Ku lihat mereka berusaha sedaya upaya mengalihkan tembok dinding yang berat

Aku lihat ada dua pasang kaki yang dibasahi darah

Sarah dan Maryam

Air mataku menitis bagaikan hujan yang turun deras

Aduhai adikku..

Aku mengangkat sekuat tenagaku

Tembok sebesar ini menimpa tubuh adik-adikku yang halus dan lembut

Sebaik Berjaya di alihkan kusaksikan debu bercampur dengan darah memenuhi ruang itu.

Ku sapu debuan itu dari wajah –wajah adikku.

Adikku Maryam, kepalamu remuk..

Ku dekatkan telingaku di dadamu

Sepi

Lalu ku dekatkan diriku pada tubuh Maryam.

Kulihat ada besi yang menembusi sebelah kiri dadanya

Matanya terpejam rapat

Ku rasa nadi di tingannya

Sunyi berdengung

Aku mendongakkan wajahmu kelangit

Mulutku tidak mampu berbicara

Hanya air mata yang tidak henti-henti mengalir

Cukuplah Allah bagiku

Allah adalah sebaik-baik penolong

Yang menenangkan jiwaku

Terhadap dunia yang penuh dengan insan celaka

Yang tiada sifat kemanusiaan

Biarlah, aku bakal menyusul mereka nanti

Dan tidak lama selepas itu

Bom beruguguran di kawasan itu

Lalu diapun syahid

Beberapa minit selepas keluarganya syahid

SRI,

Rawang,

11 Oktober 2016


SENARAI POS :
bottom of page