top of page

APA YANG MENARIK TENTANG BUMI?

Sekarang kita bercerita tentang Bumi. Kita semua pasti sudah tahu serba sedikit tentang planet ini. Bumi adalah tempat tinggal kita. Hanya Bumi sahaja yang merupakan planet yang sesuai untuk didiami oleh manusia dan hidupan.

Bumi adalah planet ketiga daripada Matahari. Bumi juga merupakan planet kelima terbesar dalam sistem suria kita. Jarak Bumi adalah 150 juta km Angstrom. Bumi berputar 23 jam 56 minit sehari manakala untuk mengelilingi Matahari Bumi mengambil masa selama 365 hari 6 jam 9 minit atau 365.25 hari. Bumi hanya mempunyai satu planet yang dinamakan Bulan.

Bumi mempunyai atmosfera yang sangat tersusun iaitu terdiri daripada gas nitrogen N2- 78%, oksigen O2- 21% dan 1% terdiri daripada gas argon, karbon diokasida, ozon dan gas-gas lain. Diameter Bumi lebih kurang 12.756 km dan kira-kira 2/3 permukaan bumi adalah dilitupi air. Graviti Bumi adalah 9.8 m/s² . Jarak terjauh antara Bumi dan Matahari adalah 152 juta km manakala jarak yang paling dekat ialah 147 km. Jisim Bumi adalah 5.98x10^24 kg atau 6 x 10^24 kg.

Bentuk Bumi adalah bulat dan agak lonjong (ellipsoid). Dikawasan kutub agak mampat dan di bahagian kpistiwa agak menggelembung. Bentuk ini juga terdapat juga pada planet Zuhal dan Musytari. Bentuk ini bukanlah satu kebetulan, ia disebabkan putaran Bumi.


Diameter Bumi 656 km lebih besar daripada planet Zuhrah. Musim yang sentiasa berubah adalah disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya dengan kecondongan lebih daripada 23 darjah. Atmosfera Bumi melindungi kita daripada bahaya sinaran Matahari dan memelihara kita dari hentaman meteor - akan terbakar sebaik sebelum ia mencapai permukaan Bumi.


Kesan putaran Bumi pada paksinya menjadikan berlakunya :

1) Pergerakan semi harian matahari dan benda-benda langit lainnya. 2) Matahari akan kelihatan dari Timur ke Barat 3) Pergantian siang dan malam. 4) Pemampatan di kutub dan penggelembungan di kawasan kpistiwa. 5) Perbezaan waktu disetiap tempat di BUMI.


Kesan peredaran Bumi mengelilingi Matahari :

1) Pergantian musim. PERUBAHAN MUSIM DI KUTUB UTARA DAN SELATAN

21 Mac - Musim bunga (Siang dan malam sama tempohnya) (KU) Musim luruh (siang dan malam sama tempohnya) (KS)

21 Jun - Musim panas (waktu siang lebih lama daripada waktu malam) (KU) Musim sejuk (waktu malam lebih lama daripada waktu siang) (KS)

23 September - Musim Luruh (Waktu siang dan malam sama panjang) (KU) Musim Bunga (Waktu siang dan malam sama panjang) (KS)

22 Disember - Musim sejuk (Waktu malam lebih panjang daripada waktu siang) (KU) Musim panas (Waktu siang lebih lama daripada waktu malam) (KS)


Nota : KU - Kutub Utara, KS - Kutub Selatan.


SENARAI POS :
bottom of page