top of page

KESAN AKTIVITI MATAHARI KEPADA CUACA ANGKASA

Bidang pengkajian cuaca angkasa sepatutnya dijadikan satu bidang penyelidikan yang utama di Malaysia kerana ia mempunyai manfaat jangka masa yang panjang untuk Negara. Cuaca angkasa berlaku apabila ribut atau letupan suria dari Matahari bergerak melalui angkasa lepas dan memberi kesan kepada medan magnetik bumi atau magnetosfera

Letupan Suria

Angin Suria

Semua aktiviti matahari tersebut akan memberi kesan yang besar kepada cuaca angkasa. Kesan buruk akan menimpa kepada satelit dan membahayakan para angkasawan yang tidak mempunyai perlindungan di luar sana.

Pelepasan jisim korona memberi kesan buruk kerana ia membawa zarah-zarah yang bercas dan bertenaga tinggi bergerak menjauhi matahari dan menuju kearah planet-planet lain termasuk Bumi. Angin akan membawa jisim korona ke magnetosfera Bumi dan ia akan mula bergolak seperti ombak yang baru dipukul ribut. Zarah ini akan cuba melepasi magnetosfera Bumi. Namun begitu, lapisan ini akan bertindak balas menghalang zarah-zarah ini daripada melepasinya dan terhasilnya satu fenomena yang digelar aurora. Fenomena ini hanya akan berlaku di kutub utara dan kutub selatan sahaja kerana ia tidak terlindung daripada Van Allen Belt.

Musibah daripada pelepasan jisim korona

Terdapat banyak kesan buruk pelepasan jisim korona kepada Bumi dan penduduknya antaranya ialah gangguan kepada bekalan elektrik dalam rangkaian kuasa, gangguan kepada sistem telekomunikasi radio dan satelit, kerosakan elektronik sensitif pada kapal angkasa yang mengelilingi dunia, menggangu kesan tindakbalas biologi manusia (mental, emosi dan fizikal), Kebinasaan/kemusnahan kepada burung dan ikan dan sebagainya. Gangguan kepada sistem telekomunikasi

Kita boleh membayangkan kesan pelepasan jisim korona kepada sistem telekomuniksi yang mana kita tidak akan boleh lagi hidup dengan kemudahan yang banyak bergantung kepada teknologi komunikasi. Sebagai contoh, sekiranya satelit di angkasa telah musnah, manusia akan terputus hubungan kerana internet, telefon, televisyen tidak dapat berfungsi. Ia sememangnya memberi kesulitan besar kepada manusia di muka Bumi ini. Sekiranya ia tiada, manusia akan kembali seperti zaman dahulu kala yang tidak bergantung kepada teknologi. Gangguan kepada bekalan elektrik dan rangkaian kuasa.

Seperti yang kita tahu, radiasi yang terbebas daripada matahari ini membawa bersamanya tenaga. Tenaga ini jika gagal dibendung akan sampai ke Bumi dan merosakkan kabel-kabel grid kuasa yang membekalkan elektrik. Ia bukan sahaja mampu membakar wayar-wayar elektrik tetapi boleh juga mewujudkan ‘chain reaction’ yang mana ia mampu untuk meletupkan generator dan transformer. Sebagai contoh, di Quebec dan sebahagian utara Amerika Syarikat terpaksa bergelap selama 9 jam kerana ribut suria telah mengakibatkan grid kuasa Hydro-Quebec lumpuh pada tahun 1989.

Electromagnetic Pulse (EMP)

Kesan ini merupakan radiasi elektromagnetik yang terhasil oleh letupan yang biasanya hanya terjadi akibat letusan bom nuklear. EMP akan memberi kesan yang sama kepada hidupan Bumi malah ia lebih dahsyat. Ia akan menghasilkan medan elektrik dan medan elektromagnetik yang mampu memusnahkan sebarang peralatan elektronik dan elektrik. Enjin-enjin kenderaan juga boleh mati secara tiba-tiba atau gagal dihidupkan. Kapal terbang yang beroperasi tiba-tiba kehilangan kuasa dan jatuh menjunam ke Bumi. Transformer dan grid janakuasa elektrik juga boleh meletup akibat lebihan kuasa.

Kemusnahan kepada manusia dan hidupan

Kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam NewScientist telah menyatakan kesan ribut suria kepada tindakbalas biologi manusia samada dari segi mental, emosi dan fizikal. Kesan ini termasuklah keseimbangan, sikap, kebimbangan, tekanan minda dan sebagaianya. Selain itu perubahan pada medan magnetik Bumi mungkin boleh menyebabkan burung dan ikan musnah. Saintis percaya ia boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan persekitaran alam sekitar. Kematian beribu-ribu burung di Arkansas pada 2010-2011 telah cukup membuktikan perkara ini berlaku.

Kesimpulan

Aktiviti permukaan matahari memang berhubung kait dengan cuaca angkasa. Malah, ia akan memberi kesan yang besar kepada seluruh kehidupan di muka Bumi terutamanya manusia. Keaktifan aktiviti pada permukaan matahari akan selalu diperhati oleh para saintis bagi membolehkan mereka bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Di Malaysia, kajian mengenai aktiviti matahari ini hanya dijalankan baru-baru sahaja berbanding Negara lain. Namun begitu, kebanyakan Negara berkongsi maklumat untuk membolehkan melakukan persediaan.


SENARAI POS :
bottom of page