TEORI PEMBENTUKAN SISTEM SURIA
HIPOTESIS NEBULA
Hipotesis ini telah dicadangkan oleh Immanuel Kant dan Pierre Simon de Laplace. Mari kita lihat bagaimanakah teori ini dijelaskan. Ia bermula dengan sistem suria yang berasal daripada awan antarnajam yang besar.Ia boleh juga digelar sebagai gas nebula yang diketahui sebagai awan molecular.
Awan gas tersebut terdiri daripada bahan-bahan yang terlepas di angkasa semasa berlakunya kematian bintang-bintang lama. Kandungannya tidak hanya hidrogen dan helium sahaja malah terdapat juga elemen yang berat yang terhasil daripada generasi bintang yang lebih awal. Secara perlahan-lahan, bahagian dalam awan ini mula untuk meruntuh. Ia berkemungkinan disebabkan oleh gelombang kejut dari supernova yang berdekatan. Kemudian, ia mula berpusing. Salah satu bahagian telah menjadi sIstem suria kita dan ia telah digelar sebagai pre-solar nebula. Sedikit demi sedikit semasa ia sedang mengembang dan berputar dengan laju, ia telah tertarik oleh gravitI dan medan magnetnya sendiri. Lama kelamaan ia menjadi semakin nipis dan membentuk sebuah cakera gergasi. Keluasannya adalah beribu kali lebih luas daripada sIstem suria kita yang sekarang.
Cakera tersebut akan terus berkembang dan kebanyakan jasad yang berada di dalamnya akan tertarik ke arah pusat nebula. Suhunya akan menjadi semakin panas dan tekanannya juga semakin bertambah. Bahagian pusat cakera tersebut akan menjadi Proto-Matahari. Jasad-jasad lain akan terus berpusing mengelilingi cakera tersebut. Molekul gas yang ada akan bergabung untuk membentuk partikel yang lebih besar yang digelar sebagai dust grains. Grain tersebut kemudian akan berkumpul dan membentuk grain yang lebih besar.
Kemudian, secara beransur-ansur selama beberapa tahun, cakera yang berputar tersebut akan menjadi berkelompok.Kelompok yang kecil akan menyatu sesama sendiri dan membentuk kelompok yang lebih besar. Proses tersebut berlaku secara berterusan sehingga ia menjadi cukup besar untuk membentuk sebuah planet.
Bahagian dalam cakera akan menjadi sangat panas dan tidak memungkinkan untuk ais terbentuk atau bagi gas untuk mencari cecair. Maka, jasad yang boleh untuk kekal ialah batuan dan logam. Oleh sebab yang demikian, planet dalaman telah terbentuk – Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Bahagian yang jauh dari pusat, suhunya lebih sejuk dan membolehkan ais untuk terbentuk. Planet bergas seperti Musytari, Zuhal menjadi jasad yang mendominasi bahagian tengah-tengah sistem suria. Bersama dengannya ialah planet Uranus dan Neptun.
Planet Musytari adalah planet yang paling besar. Ia mempunyai daya tarikan graviti yang paling tinggi. Ia telah menghalang mana-mana planet bebatuan yang lain daripada tertarik ke arah matahari. Kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti tersebut dikenal sebagai lingkaran asteroid.
Dalam masa yang sama, pelakuran nuklear juga telah berlaku di dalam teras matahari. Ia telah membebaskan tenaga. Angin-Super Suria telah mula bertiup di seluruh sistem suria. Ia telah menyapu bersih semua gas-gas yang tersisa dan menghalang mana-mana planet major daripada terbentuk.
Semua keadaan yang diceritakan tersebut hanyalah berlaku dalam teori. Namun, ia tidak lagi menjadi spekulasi . Ini kerana, bukti kuat telah ditemui dan telah menjadikan proses ini sedang berlaku sekarang disekeliling bintang baru di mana-mana sahaja di dalam galaksi kita.
PELBAGAI TEORI PEMBENTUKAN SISTEM SURIA
1) “Hipotesis Nebula“ - Teori ini dikatakan sebagai teori yang paling diterima berbanding teori-teori yang lain. Teori ini ditemukan oleh Immanuel Kant dan Simon de Laplace. Nebula adalah awan yang terdiri daripada gas hIdrogen dan helium serta debu-debu angkasa. Berdasarkan teori ini, ia bermula dengan nebula yang hampir bulat, yang berputar dengan halaju yang tersangat perlahan sehingga ia menjadi semakin menyusut.
Akibat daripada putaran tersebut telah menyebabkan terbentuknya sebuah cakera yang leper ditengahnya. Ia menjadi semakin menyusut dan kemudian telah membentuk matahari di pusat cakera. Cakera tersebut telah berputar dengan halaju yang tinggi sehingga menyebabkan bahagian tepi cakera tersebut telah terlepas dan membentuk gelang-gelangan. Kemudian, gelang-gelang tersebut menjadi padat dan seterusnya membentuk planet yang mengelilingi matahari pada orbit yang elips.
2) “Teori Planetesimal dan Teori Pasang Surut" – Teori perlanggaran sebuah bintang yang bergerak hampir dengan matahari atau berlanggar dengan matahari. Berdasarkan teori planetesimal yang dicadangkan oleh T.C. Chamberlin dan F.R.Moulton pada awal abad ke-20 sebuah bintang bergerak hampir dengan matahari.
Tarikan yang besar telah terhasil pada permukaan; jirim meletus dan terlerai disebabkan oleh tarikan daripada matahari dan ia ditolak kesekeliling orbit matahari. Jisim yang lebih kecil akan cepat sejuk dan menjadi pepejal yang di gelar planetesimal. Semasa orbit mereka berjalan, jasad yang besar kan menjadi lebih besar dengan menyerap planetesimal dan kemudian menjadi planet.
3) Teori Tidal (gelombang) - Dicadangkan oleh James Jenas dan Harold Jeffry’s padatahun 1918, adalah satu kepelbagaian konsep planetesimal. Ia mencadangkan satu gelombang pasang surut yang sangat besar,berkembang pada matahari dengan lintasan bintang. Apabila bahan gas telah terkondensasi ia akan terpisah dalam pelbagai saiz yang mana kondensasi seterusnya akan menyebabkan kejadian planet.