MATAHARI
Surah as-Syams
Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan Bumi. Oleh kerana ia adalah yang paling hampir maka mudahlah ia untuk dikaji. Segala aktiviti yang berlaku pada matahari dapat dikaji dengan mudah. Banyak perkara yang menarik dapat diketahui mengenai matahari. Matahari dikategorikan sebagai sebuah bintang kerana ia menghasilkan tenaganya sendiri.
Dalam sistem suria kita, semua planet mengelilingi matahari di atas orbit masing-masing. Jarak antara Bumi ke Matahari yang telah dianggarkan oleh ahli astronomi adalah sebanyak 1.5 juta kilometer. Jarak tersebut diukur sebagai satu unit astronomi AU(astronomical unit). Matahari dan semua planet yang terdapat dalam sistem suria ini terletak di dalam galaksi yang dinamakan galaksi Bima Sakti.
Oleh kerana matahari adalah bintang yang paling hampir dengan Bumi maka mudah untuk kita melihat aktiviti yang sedang berlaku pada Matahari. Cahaya matahari hanya memerlukan masa lebih kurang lapan minit untuk sampai ke bumi. Maka, jika kita berada pada siang hari, cahaya matahari yang di terima ketika itu adalah cahaya matahari pada 8 minit yang lalu. Pergerakan bumi mengelilingi matahari adalah tidak seragam. Jika hampir dengan bumi maka pergerakannya adalah perlahan dan begitu juga sebaliknya. Jarak matahari dekat dengan Bumi di panggil perihelion dan yang jauh pula ialah aphelion.
Matahari merupakan pusat kepada sIstem suria. Sekiranya matahari tidak mengeluarkan cahaya, maka sIstem suria tidak akan bercahaya.
Perkara Spesifikasi Diameter 4 x 10^5 km
Luas permukaan 7 x 10^5 km Isipadu 1.4 x 10^18 km^3 Jisim 1.99 x 10^30 kg Jisim jenis 1.42 x 10^3 kg/m^3
Sumber tenaga matahari berasal dari tenaga teras melalui pelakuran nuklear ataupun reaksi termonuklear
Pelakuran nuklear : H + H -> He
Kandungan unsur dalam matahari =
Hidrogen (H) 70%
Helium (He) 25%
Unsur lain 5%
Tenaga yang dipancarkan matahari adalah seperti gelombang – gelombang elektromagnetik yang beraneka jenis.
LAPISAN MATAHARI
Teras
Pada lapisan inilah berlakunya reaksi pelakuran nuklear yang mana atom hidrogen bergabung dengan atom hidrogen lainnya dan berubah menjadi helium.
Lapisan fotosfera
Kawasan yang dapat dilihat dari bumi. Lapisan ini adalah lapisan yang paling terang.
Lapisan kromosfera
Kawasan ini adalah kawasan atmosfera matahari bahagian bawah dan bercahaya putih dan merupakan lapisan gas tebal yang mengelilingi matahari. Kawasan ini hanya dapat dilihat pada saat gerhana matahari penuh. Ia kelihatan seperti gelang merah di sekeliling lingkaran hitam
Korona
Kawasan ini merupakan kawasan paling luar dan kawasan atmosfera matahari bahagian atas dan bercahaya merah. Ketika berlaku gerhana matahari penuh ia kelihatan seperti bentuk mahkota.
Lapisan Jejari (km) Suhu (K) Teras 0 15 juta Fotosfera 696 000 5 800 Kromosfera 696 500 4 500 Korona 706 000 1 juta
AKTIVITI MATAHARI
Tompok matahari
Tompok matahari menandakan bahawa matahari sedang aktif. Namun suhu pada permukaan tompok matahari tersebut adalah lebih sejuk daripada permukaan yang tiada tompok matahari. Ketika suria maksimum tompok matahari adalah lebih banyak berbanding suria minimum yang mana matahari tidak bertompok.
Tempoh kitaran ini adalah selama 11 tahun. Pada keadaan suria maksimum aktiviti matahari ketika itu sedang aktif. Keadaan suria minimum pula ialah ketika tidak banyak tompok matahari pada permukaan matahari. Ia menunjukkan bahawa matahari tidak aktif. Aktifnya matahari memungkinkan untuk risiko berlakunya letusan matahari yang mana ia sangat merbahaya kepada Bumi dan penduduknya.
Suar matahari
Sebagaimana Bumi yang sentiasa mempunyai gempa, Matahari juga boleh dikatakan turut mempunyai gempa ; gempa matahari. Mungkin lebih mudah difahami sebagai tsunami suria. Letusan ini amat berbahaya jika ia terkeluar dari tarikan graviti matahari. Letusan ini jika terkeluar daripada permukaan matahari ia akan mencapai tahap maksimum dalam beberapa minit kemudian akan hilang dalam masa satu jam atau kurang. Semasa letusan itu berlaku,ia akan melepaskan sebilangan besar sinar-X, sinar ultraungu dan sebagainya.
Letusan suria berhubung dengan medan magnet matahari. Ia berlaku di kawasan yang aktif yang mana medan magnetik di kawasan tersebut juga adalah kuat. Situasi tersebut akan menjadikan ia satu lengkungan yang besar. Letusan yang kecil boleh berlaku kerap di satu tempat yang sama. Semasa berlaku letusan suria yang major ia akan memanaskan gas sehingga 5 juta K. Hasil kajian sinar-X membuktikan bahawa gas pada letusan tersebut akan menjadi sangat panas dan tindak balas nuklear boleh berlaku.
Letusan suria ini akan memberi kesan yang bahaya kepada Bumi. Sinaran X dan sinaran ultraungu akan sampai ke Bumi dalam tempoh masa lapan minit dan ia akan menambahkan ionisasi pada permukaan atas atmosfera Bumi.
Pelepasan jisim korona
Pelepasan jisim korona ini pula adalah letusan besar plasma yang mengandungi elektron bebas dan ion positif. Letusan ini akan menghala ke atmosfera luar matahari atau korona. Korona merupakan kawasan bergas yang terletak diatas permukaan matahari sehingga menjangkau jutaan kilometer ke angkasa. Pelepasan jisim korona ini akan bergerak dengan kelajuan 2500 km/saat. Jarak matahari dan Bumi pula hanya lebih kurang 150 juta kilometer/ 1 AU (unit astronomi). Masa untuk ia sampai ke Bumi boleh dikatakan hanya 8 minit sahaja. Perkara ini amat berbahaya dan telah banyak kajian dilakukan untuk membolehkan ramalan dilakukan bagi membolehkan kita berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.
Angin suria
Prominens
Nantikan sambungan artikel berkenaan Matahari ini dikeluaran akan datang. Terima kasih.