top of page

PENGENALAN SISTEM SURIA

Sistem suria adalah laman samawi kita. Terdiri daripada Matahari yang merupakan bintang yang paling dekat dan beberapa kumpulan planet yang besar dan kecil dan jasad-jasad samawi kecil yang lain. Semua mereka terikat kepada tarikan gravitI matahari. Sistem suria ataupun Solar System di ambil sempena nama sol. Sol adalah merupakan bahasa Greek yang memberI makna Matahari. Terdapat lapan planet yang diketahui majoritI, tiga planet kerdil, dan jasad-jasad kecil sIstem suria yang tidak terkira seperti asteroid dan komet.


Semua jasad di dalam sistem suria bergerak mengelilingi matahari dalam satah ekliptik. Orbit jasad samawi tersebut tidak berada dalam keadaan bulatan sempurna. Kesemuanya adalah berbentuk bujur. Beberapa planet seperti Bumi dan Zuhrah bentuk orbitnya adalah sedikit bulat. Namun lain pula yang terjadi pada Utarid, orbitnya adalah tersangat bujur- sama sebagaimana planet kerdil Pluto.


Titik yang paling jauh dengan matahari digelar sebagai aphelion manakala titik yang paling hampir digelar perihelion. Banyak jasad-jasad kecil di dalam system suria seperti komet dan asteroid mempunyai bentuk orbit yang tersangat bujur. Kesemua planet dan jasad samawi yang lain berputar arah yang sama dengan Matahari –mengikut arah putaran jam. Arah putaran ini merupakan arah putaran asal ketika mana sIstem suria baru akan terhasil semasa ia berbentuk pra matahari nebula.


Sistem suria sudah tentunya di dominasi oleh Matahari. Ia merupakan pusat bagi alam semesta dan kesemua jasad samawi di dalamnya bergerak mengelilingnya tidak kira berapa jaraknya dari matahari. Jisim matahari merupakan 99% daripada jasad sIstem suria. Musytari dan Zuhal pula merupakan berat dominan terhadap baki berat sIstem suria yang tinggal tersebut. Selebihya adalah berat jasad-jasad lebih kecil yang lain.



PERKEMBANGAN KONSEP SISTEM SURIA


Antara Tamadun awal yang mengkaji tentang ilmu astronomi ialah seperti China, Greek, Babylon dan Mesir. Bangsa Greek adalah yang paling awal meneroka ilmu ini dan mereka telah mendapati bahawa di langit terdapat jasad-jasad yang bergerka secara relatif. Mereka telah menggelarkannya sebagai planeten – pengelana. Bangsa Greek adalah bangsa yang bijak. Mereka telah membuat konsep kosmologi berdasarkan rasional dan tidak berdasarkan mitos semata-mata.


Konsep pertama ialah konsep yang telah dikembangkan oeh Phytagoras yang menyatakan bahawa alam semesta mengikuti hukum-hukum yang bersifat kuantitatif. Beliau menyatakan bahawa setiap jasad-jasad samawi terletak pada bola-bola konsentris yang mengelilingi satu sumber api yang merupakan pusat alam semesta. Ia diumpamakan seperti keteraturan pada nod muzik pada dawai lira. Semuanya bergerak dan mendengungkan irama-irama yang hanya boleh didengarkan oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Phytagoras adalah tokoh yang mencadangkan konsep keteraturan . Konsep ini boleh dikira dan disusun.


PLATO

Teori ini adalah teori yang bersifat logik. Ia dipersembahkan dalam bentuk lingkaran bola. Lingkaran bola adalah berbentuk geometri yang paling sempurna sehingga semua benda langit bergerak dalam lingkaran kerana mereka dicipta oleh makhluk yang paling sempurna iaitu Tuhan.


EUXODUS

Euxodus merupakan anak murid kepada Plato. Teori beliau adalah berdasarkan hasil cerapan. Kemungkinan beliau adalah orang pertama yang membuat teori alam yang berdasarkan data cerapan. Setiap planet berada pada bulatan konsentris dan pergerakan planet adalah disebabkan oleh putaran bola. Oleh kerana halaju dan kedudukan yang berbeza telah menyebabkan pergerakan planet.



ARISTOTLE

Aristotle telah menjadikan Bumi sebagai pusat peredaran sistem suria. Teori Aristotle telah menyatakan bahawa alam ini terdiri daripada 55 bulatan yang mempunyai satu pusat. Setiap bulatan menjadi tempat kepada jasad-jasad samawi. Bulatan ini masing-masing berputar dengan halaju yang berbeza sehingga kadang-kadang ada yang terlihat sepertik kehadapan dan kebelakang. Gerakan ini dinamakan Gerakan Retograde. Di luar bulatan ini terdapat pergerakan utama yang digelar Premium Mobile.


PTOLEMY

Ptolemy telah menyatakan bahawa semua jasad samawi bergerak melingkari sebuah titik yang dinamakan EPICYCLE yang bergerak dalam bulatan besar yang dipanggil DEFERENT. Menurut beliau, Bumi bukanlah pusat DEFERENT. Ia terletak hampir dengan pusat DEFERENT, iaitu pusat yang dikenali sebagai EQUANT. Teori Ptolemy inilah teori yang paling lama bertahan iaitu selama 1500 tahun.dan mendapat sokongan daripada gereja.


NICHOLAS KOPERNIKUS

Beliau telah mencetuskan idea bahawa semua jasad samawi bergerak mengelilingi matahari. Teori ini dinamakan teori heliosentris yang ditulis di dalam bukunya yang bertajuk "De Revolutionibus Orbium Coelestium". Beliau menyatakan teori Ptolemy adalah teori yang rumit dan Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu dengan terlalu rumit. Tambahan lagi, teori geosentris tidak boleh dibuktikan melalui Matematik. Kopernikus tidak menyarakan teori beliau kepada masyarakat kerana beliau bimbang dengan ancaman bunuh.


Pada tahun 1616, gereja katholik telah bertindak terhadap Kopernikus dengan memasukkan buku beliau di dalam indeks larangan kerana teori beliau dianggap sesat lagi menyesatkan. Akan tetapi, buku beliau telah dipelajari secara rahsia oleh para saintis seperti Tycho Brahe, Johannes Kepler, Galileo Galilei dan G. Bruno. Mereka mendapati bahawa teori Kopernikus lebih sesuai dan rasional dengan model Matematik berdasarkan kepada cerapan yang dilakukan.


Namun begitu, terdapat kelemahan pada teori Kopernikus, iaitu halaju tetap, orbit bulat dan matahari sebagai pusat kepada alam semesta. Apa yang boleh disimpulkan terhadap teori Kopernikus ini adalah, ia menjadi tonggak awal kepada perkembangan astronomi moden.


PERKEMBANGAN ASTRONOMI MODEN


Antara saintis yang berjasa dalam perkembangan dunia astronomi ialah Tycho Brahe dan Johannes Kepler. Mereka berdua adalah penyelidik dan pembantu yang sama-sama bekerja di sebuah balai cerap di Denmark. Mereka telah melakukan kajian dan mencerap data berdasarkan teori-teori Kopernikus. Kemudian, hasil-hasil cerapan Brahe dan teori heliosentris Kopernikus telah digunakan oleh Kepler untuk membuat hipotesis berkenaan pergerakan planet-planet Hukum Kepler.


Berdasarkan kepada Hukum Kepler ini Isaac Newton telah merumuskan ketiga-tiga hUkum berkenaan mekanik dan hUkum gravity yang telah ditulis di dalam buku "Philosophiae Naturalis Principia Mathematica".


Terdapat 3 Hukum Kepler, iaitu ;


"The Law of Ellipse : Matahari berada di salah satu titik focus.

"The Law of Equal Area

"The Law of Harmonies


Nantikan artikel seterusnya. Terima Kasih.


Nota pelajaran yang dikutip dari En Joko Satria Ardiyanto Tumiran Bilal (Pensyarah Program Astronomi Islam Universiti Malaya)


SENARAI POS :
bottom of page