top of page

PENGENALAN ILMU FALAK

Jika kita sebutkan tentang istilah ilmu falak, sudah tentu ramai yang menganggap bahawa ilmu falak ialah ilmu yang berkaitan dengan persoalan ibadah khusus semata-mata seperti penentuan waktu solat, puasa, awal bulan hijri. Skopnya itu disingkatkan hanya sebagai persoalan ibadah semata-mata. Padahal ianya luas meliputi keseluruhan ilmu yang ada tentang kejadian bintang-bintang dan jasad samawi yang ada di cakerawala ini.


Falak menurut al-Biruni ialah sfera samawi yang dikelilingi oleh objek-objek samawi dalam bentuk orbit yang berputar. Ia terdiri daripada objek-objek samawi yang bergerak di dalam sfera samawi masing-masing yang mana bumi berada di tengah-tengahnya.


Ibnu Khaldun pula di dalam kita al-Muqaddimah menyatakan bahawa ia ialah ilmu yang mempelajari tentang pergerakan bintang-bintang tetap dan planet-planet. Pemerhatian yang dilakukan terhadap bagaimana pergerakan itu berlaku membolehkan kita mengetahui cirri-ciri pergerakan dan kedudukannya diketahui dengan geometri.


Manakala menurut Haji Muhammad Nur Bin Ibrahim, beliau telah mendifinisikan ilmu mikat di dalam kitab Pilihan Mastikanya sebagai ilmu yang dapat diketahui daripadanya keadaan masa siang dan malam dan keadaannya, bicaranya perjalanan matahari dan bintang-bintang. Faedah ilmu ini ialah dapat mengetahui waktu ibadah dan arah kiblat.


Menurut Haji Umar bin Ismail Nuruddin pula, ilmu mikat ini ialah ilmu yang dapat mengetahui segala masa bagi segala hari dan segala hal berkenaannya.


SENARAI POS :
bottom of page