TIPS HILANGKAN BAU BADAN
Bau badan. Setiap orang ada mengeluarkan bau badan. Tapi, tahap kekuatan bau badan itu berbeza-beza. Ada orang badannya baunya sangat kuat dan menyengat. Ada orang yang badannya langsung tak berbau. Bau badan akan dapat dihidu terutama saat kita berpeluh banyak. Sebagai contoh selepas kita bersukan ataupun bekerja aktif.
Biasanya bau yang kuat terhasil daripada celah ketiak kita. Ini kerana, selepas akil baligh pasti akan tumbuh bulu-bulu di kawasan tersebut. Apabila berpeluh, bulu ketiak tersebut akan memerangkap peluh. Jika tidak segera dibersihkan bakteria akan turut berkumpul dan menjadikan badan anda berbau.
Anda pasti tidak selesa jika mempunyai masalah badan berbau. Kita akan rasa kurang keyakinan diri jika menghadapi masalah bau badan. Orang lain akan menjauhi anda kerana tidak tahan dengan bau badan anda. Malunya!
Berikut adalah sebahagian tips sederhana untuk mengatasi masalah bau badan.
Mandi 2 kali sehari
Mandi akan membersihkan badan kita dari kuman dan kotoran.Peluh yang keluar juga akan terhapus setelah kita mandi. Gunakan sabun yang mempunyai bau wangian yang boleh untuk menghilangkan bau yang tidak enak.
Digalakkan mandi sebelum subuh dan sebelum maghrib. Jika anda melakukan kegiatan sukan yang aktif. Dinasihatkan mandi setelah selesai aktiviti.
Mencukur bulu ketiak secara berkala
Bulu ketiak yang panjang akan memerangkap lebih banyak peluh dan akan menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Pastikan ia dicukur secara berkala. Jangan tunggu sehingga ia terlalu panjang. Digalakkan mencukur seminggu sekali.
Menggunakan deodoren
Gunakan deodoren setiap kali selepas mandi. Terutama jika anda ingin keluar rumah untuk beraktiviti seperti bekerja, belajar atau sebagainya.
Jika anda berada di rumah dan tidak melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, anda tidak perlu untuk menggunakan deodoren jika bau badan anda masih berada di tahap yang terkawal. Deodoren sebenarnya mengandungi bahan kimia yang jika digunakan secara berlebihan akan mendatangkan kesan sampingan. Saya suka untuk menyarankan anda menukar deodoren kepada bahan semulajadi yang lain untuk mengatasi bau badan.
Kurangkan makanan yang menyebabkan bau badan
Dikatakan bahawa terdapat makanan yang boleh menjadikan bau badan menjadi kuat. Namun, ia bergantung kepada setiap individu. Bagi saya, sejauh mana makanan ini menimbulkan bau badan yang kuat mungkin disebabkan oleh makan yang berlebihan.Setiap perkara jika kita amalkan secara berlebihan akan mendatangkan kesan yang tidak baik.
Antara contoh makanan yang menimbulkan bau badan ialah :
Rempah (contoh : bawang putih, bawang merah dan kari)
Daging merah
Kafein
Makanan ringan
Menggunakan pakaian yang serap peluh.
Jenis pakaian yang dipakai juga sangat mempengaruhi bau badan anda. Pakaian yang tidak serap peluh akan mengumpul bau badan pada kulit anda. Pengudaraan yang tidak bagus juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Pastikan anda memilih baju yang boleh menyerap peluh atau baju yang sesuai dengan aktiviti anda. Jika anda berada di kawasan yang mempunyai penghawa dingin yang tidak merangsang pengeluaran peluh berlebihan, mungkin anda tidak perlu risau akan bau badan anda.
Menghilangkan bau badan dengan bahan semulajadi
Lemon dan limau nipis – Potong limau tersebut dan gosokkan di ketiak. Sebaiknya lakukan sebaik sahaja selesai mandi. Jika badan anda tidak menghasilkan bau yang tidak kuat, anda boleh amalkan bahan ini berbanding menggunakan deodoren. Deodoren hanya sesuai digunakan oleh orang yang badan yang berbau kuat dan tahan dalam masa yang agak lama. Jika anda berada di rumah, gunakan sahaja lemon dan limau nipis ini. Akan tetapi, ia hanya akan tahan berapa ketika sahaja dan bukan sepanjang hari bergantung kepada individu.
2. Tawas – gunakan tawas dengan cara menggosokkan di ketiak selepas mandi. Tawas berfungsi untuk menghilangkan bau ketiak. Namun ia tidak menghasilkan bau wangi. Anda boleh gunakan pewangi untuk menghasilkan bau wangi pada badan anda. Semburkan ia di baju anda.
Cadangan penjagaan bau badan
Sebaik sahaja anda bangun tidur, mandi dan sapukan deodoren/lemon/tawas di ketiak anda. Jika badan anda menghasilkan bau badan yang lebih, gunakan pewangi/minyak wangi/perfume untuk mengurangkan bau badan. Bekalkan minyak wangi bersama anda jika anda merasakan bahawa bau badan anda masih ada. Anda boleh menggunakan minyak wangi tersebut di saat anda memerlukan pada bila-bila masa .