top of page

KISAH BUDAK PHD

  • 4 Apr 2016
  • 3 min membaca

Assalamualaikum.



Hai semua, kabare kabeh? (apa khabar semua-Jawa). Aku harapkan semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan berada di bawah lindungan Allah yang maha kuasa. Insha Allah. Minggu lepas, pada hari Jumaat aku ke KL Sentral. Sementara menunggu kad i-student KTM siap aku berjalan-jalan sekitar KL Sentral. Kad i-student ni gunanya untuk para pelajar. Kita akan mendapat manfaat separuh daripada harga tiket. Tapi, untuk mendapatkan kad itu anda perlu menyediakan 3 dokumen :



1) Salinan kad pengenalan yang telah disahkan


2) Salinan kad matrik yang telah disahkan


3) Surat pengesahan belajar terkini.




Bukan 3 benda itu sahaja, anda perlu menyertakan sejumlah wang sebanyak RM31.80 sebagai bayaran untuk kad tersebut. Jika anda seorang pengguna perkhidmatan KTM yang tegar, RM31.80 itu tidaklah seberapa kan berbanding diskaun yang anda perolehi.



Contoh kad : Ini kad yang lama




Baiklah, berbalik dengan cerita ku ke KL Sentral tu untuk menunggu kad i-student siap, maka aku pun makanlah dahulu. Belum sempat sarapan diwaktu pagi. Setelah sarapan, masih banyak waktu lagi yang tersisa. Aku bukanlah jenis orang yang suka hobi "tingkap membeli dan belah" jadi aku pun mengambil keputusan untuk menjejakkan diri ke kedai buku MPH di tingkat 2. Aku ni suka buku. Kalau boleh satu kedai buku tu aku nak beli. Tapi apakan daya, bapakku bukanla tauke balak. hehehe.




Beberapa minit aku mundar mandir mencari buku Andrea Hirata berjudul Maryamah Karpov. Tidak ada. Aku hampa. Maka akupun terbongkok-bongkok mencari apa-apa buku yang kurasa menarik untuk dibaca. Tiba-tiba mataku terpandang buku yang menarik! Yah, aku jumpa buku ni!



Harga : RM20



HIKAYAT BUDAK PHD!



Sebelum ini aku sudah tahu akan keberadaan buku ini di pasaran. Disebabkan aku adalah penjual buku, maka aku tahulah sedikit sebanyak tentang peredaran penerbitan buku-buku baru yang menarik menurut hatiku. Tapi malangnya, buku ini tidak ada dalam senarai jualanku walaupun penerbitnya ada dalam senaraiku. Mungkin belum dimasukkan dalam senarai buku untuk jualan lagi kerana buku ini masih baru diterbitkan lagi. Penerbit buku ini ialah KOPI PRESS.




Maka aku pun terus membaca sedikit demi sedikit. Sebelum membaca buku itu, aku kaut buku bertajuk KANVAS. Rupanya buku kanvas ini tertulis kata-kata semangat yang berwarna-warni. Sesuai untuk orang yang sedang memerlukan motivasi hidup. Buku HIKAYAT BUDAK PHD ni aku dapat habiskan membacanya tidak sampai satu hari. Mungkin kerana bahasanya yang mudah dan terselit gambar-gambar yang menambahkan seri membuatkan sesiapa yang membaca tidak akan bosan.


RM30 - Aku ada jual buku ni :)




RINGKASAN CERITA :



Aku mula mengenali Dr Syahr Musafir ini hanya di laman facebook bilamana kisah beliau menghasilkan PhD dalam masa 3 tahun menjadi viral di media masa. Beliau merupakan anak Melayu berdarah Kelantan yang melanjutkan pelajarannya di Australia dalam bidang sains perubatan. Oleh kerana kebijaksanaan beliau, beliau meneruskan pelajaran dalam peringkat doktor falsafah tanpa ijazah sarjana. Orang sekarang menggelar ia sebagai fast track.




Menurutku, Dr Syahr Musafir ini seorang yang sangat berdisiplin dan pandai membahagi masa. Beliau bukan hanya sebagai seorang pelajar semata-mata, tetapi beliau adalah seorang ayah, suami dan pemimpin persatuan. Bagaimana beliau membahagi masa? Tanpa disiplin, tak mungkin beliau mampu untuk membahagi masa yang berkualiti untuk hidupnya.




Aku rasa begitu kagum dengan beliau yang begitu tegas dan teguh dengan pegangan agama dan tidak takut untuk menunjukkan identiti sebagai muslim di tengah-tengah masyarakat yang bukan menganut agama Islam. Alhamdulillah, dengan pendedahan yang beliau lakukan, masyarakat sekeliling beliau faham dan menghormati beliau sebagai seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam.




Hubungan beliau dengan para penyelianya juga sangatlah bagus kerana beliau begitu menjaga kepercayaan dan prestasi beliau. Segala tugasan yang diberi disiapkan dalam kadar masa yang ditetapkan atau lebih awal lagi. Beliau menunjukkan kecemerlangan beliau. Semua perkara haruslah dirancang dengan teratur agar ia dapat berjalan dengan lancar.




Antara kalimat yang sangat bermakna buat saya ialah, JIKA KITA JAGA HAK ALLAH, MAKA ALLAH AKAN JAGA KITA. Ihfazillah yahfazuka. Benarlah, jika segala kewajipan Allah kita tunaikan, dahulu maka urusan kita pasti akan dimudahkan Allah. Dimana-mana kita harus mendahulukan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Inilah rahsia kejayaan ramai orang. Memastikan Allah lebih utama berbanding urusan yang lain.




Sokongan keluarga juga sangat bermakna buat Dr Syahr Musafir. Terutama isteri beliau yang bernama Rahimah itu (macam sama je nama.hehehe). Pemahaman isteri beliau terhadap perjalanan PhD beliau yang penuh cabaran ini menjadikan beliau kuat untuk menempuh cabaran. Kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri serta semangat beliau untuk lebih berusaha.




Sebenarnya kisah ringkas beliau ini hanya dapat dihayati dengan membaca sendiri buku beliau. Semangat itu tidak begitu menyerap tanpa menghayati dengan sebenar hasil tulisan beliau.. Aku disini hanya mampu berkongsi sedikit sebanyak supaya menjadi pembuka hati semua supaya membaca sendiri kisah perjalanan beliau untuk mengharungi suka duka calon PhD. Ikuti kisah kejayaan beliau di dalam buku tersebut.. Aku pasti, semua pasti berbangga dengan keberadaan beliau di bumi Australia yang membawa kecemerlangan untuk rakyat Malaysia.




Sekian sahaja tulisanku yang sederhana.




Ilalliqo' wa ma'assalamah. :)




Siti Rahimah Ikhsan,


Rawang


2:42 petang.








Komen


SENARAI POS :

© 2016 Jariku Bercerita - rahimahikhsan.wix.com/jarikubercerita

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page