top of page

ORANG YANG HENSEM DAN CANTIK MESTI BACA NI!!


Assalamualaikum. Hai semua.


Korang ni semua jenis perasan la. Hehehe


Selepas beberapa lama aku tak menulis, harini aku dah pecahkan rekod dunia untuk menulis. Rasa macam tak percaya pulak. Apapun, aku teringin sangat nak memanfaatkan diri aku untuk orang lain.

Korang nak tahu tak, kadang-kadang aku terfikir fasal diri aku ni. Apa yang selama ni aku dapat sumbangkan untuk agama aku, keluarga aku, orang lain dan untuk dunia. Apa yang selama ni aku dah buat ya?


Ikutkan cita-cita dan impian yang aku tulis memang banyak. Tapi bila aku semak betul-betul lagi. Kesungguhan aku untuk memenuhi kepentingan diri aku sendiri lebih banyak dari rasa nak menyumbang untuk orang lain. Aku jadi sedih pulak. Apa benda aku buat ni. Memang aku gembira bila semua yang aku fikirkan untuk diri aku untuk menjadi seperti apa telah tercapai sebahagiannya. Tapi lama-lama aku tak rasa benda tu mengisi jiwa aku. Betullah, kebendaan dan keduniaan ni memang tak dapat nak isi hidup kita.


Tak peliklah kan orang yang kaya raya tak semuanya rasa gembira dan rasa cukup dengan diri dia. Mungkin kita tak tahu sebab kita manalah dapat membaca hati-hati manusia. Apapun aku tahu yang kita mesti berjuang untuk terus hidup. Berjuang mempertahankan semangat. Tak boleh menyerah kalah. Sebab tanggungjawab kita adalah untuk beribadah. Sabar dengan ujian hidup. Bukan bererti kita mesti hidup dengan berjaya cemerlang. Tapi adalah berjaya untuk menempuh kesusahan.


Orang kata, hidup kalau tak ada cabaran tak seronoklah. Tak dapat nak tahu tahap ketabahan dan kekuatan kita. Kental ke tak kita ni dengan ujian. Kita lahir memang banyak dengan kelemahan. Suka buat benda tak betul. Buat benda-benda baik tu macam susah betullah. Tak ada hati dan perasaan nak buat dan nak mulakan. Kita lalui je hidup kita dengan biasa-biasa dan tak ada apa makna. Maksudnya kita buang masa kita.


Kadang aku terfikir, kenapa kita selalu suka nak buang masa tak tentu hala. Layan gadgets, tengok cerita, sembang-sembang kosong. Semua benda kita buat dengan bersahaja. Lemau je semua. Just taking for granted. Sebenarnya bukan tak sedar fasal akhirat syurga neraka dosa pahala dan segala bagai tu. Tapi entahlah, kenapa jiwa kita tak ada rasa ya?

Haaa..korang mesti pernah rasa macamtu kan. Mesti ada masa-masa korang ada kesedaran tu kan. Sepatutnya kita mesti berterima kasih sangat-sangat bila ada perasaan macamtu. Masa tu mungkin Allah tengah ketuk hati kita supaya balik kembali kepada Dia. Kita asal daripada Dia, dan akan kembali kepada Dia. Apa yang kita dah buat dengan hidup kita. Paksa hati korang semua untuk betul-betul nak jatuh cinta dengan Dia. Rasakan yang korang memang nak hidup untuk Dia. Bila kita solat tu, cuba fokuskan otak kita untuk tetap hadirkan hati untuk Dia.


Fasal ibadah ni, cubalah kita sama-sama faham apa bacaan-bacaan dalam solat. Fahami makna ibadah lain. Cari hikmah. Jangan malas belajar ! Aku ulang ya, tolong jangan malas belajar! Aku rasa kita banyak buang masa kita untuk benda-benda yang akan merugikan kita. Yang paling ketara masa untuk kita bermain dengan gadgetlah. Benda tu yang paling banyak membunuh masa kita. Aku pun sedar yang aku pun sama macam tu. Sebab tu aku rasa takutla kalau-kalau pengakhiran hidup aku berlaku masa tengah buat benda-benda sia-sia. Takut rasanya.


Jadi aku nak pesan kat sini jomlah kita cari makna hidup kita. Benda tu tak mudah nak dicapai, tapi tak mustahil untuk kita capai. Buat sikit-sikit. Aku ni tak pandaila nak bagi dalil apa-apa. Aku sedar aku pun asyik leka je. Tapi dikesempatan ini aku nak pesanlah selagi masa ada. Walaupun benda yang sama dan benda yang orang pun dah tau. Tapi mungkinlah pesanan aku ni boleh mengetuk hati beberapa orang. Dapat sorang pun jadilah kan. Daripada tak dapat apa-apa.


Korang nak beribadah nak pilih jadi apa?


Ibadah sebagai seorang saudagar?


ke


Ibadah sebagai seorang hamba?


ke


Ibadah sebagai seorang yang merdeka?


Aku sarankan korang beribadahlah sebagai seorang yang merdeka. Sebab apa ya? Sebab ibadah saudagar ni dia beribadah sebab nak dapat pahala. Kalau beribadat sebagai seorang hamba ni pulak dia beribadah sebab takut dengan pembalasan siksa yang dia akan dapat kalau engkar. Tapi, kalau kita beribadah sebagai seorang hamba ni, kita beribadah sebab kita rasa cinta dan tak mengharap apa-apa balasan pun. Semua sebab ikhlas. Hati suci orang kata. Jomlah ya kita sikit-sikit cuba untuk beribadah sebagai orang merdeka. Kita semua mesti boleh punya.. hehe


Okaylah, setakat ni jelah ya pesanan aku. Lain kali aku tulis lagi fasal benda-benda yang lebih menarik dan bermanfaat untuk korang ya. Aku ni tak tahu sangat nak menulis. Padahal cita-cita aku nak jadi penulis. hehehe. Kira dah tercapailah kan cita-cita aku ni kan. Sebab aku sekarang tengah menulis. Yahoooooo!


Selamat semua. Assalamualaikum :)


SENARAI POS :
bottom of page