KESEL
Assalamualaikum wrt wbt.
Ni hao ma? ni chi le ma? Alhamdulillah wo hen hao yie hen guanxing. Jingtian wo zai JABATAN MUFTI shang wang. Wo xiwang shuo yi ge JAWA de PERKATAAN ---> KESEL
KESEL- Penat, letih, tak ada tenaga. Hari-hari saya akan merasa penat. Kerja seharian, balik rumah rasa penat. Bercakap lama-lama juga akan penat. Main kuat-kuat juga akan rasa penat. Tidur berlebihan pun akan rasa penat. Tapi tak apa penat badaniah asalkan jangan penat jiwa kita.
MISKIN- Ramai orang yang hidupnya melarat di dunia ini. Tak ada duit. Poketnya kosong. Nak makan pun susah apatah lagi nak bergaya. Istilah biar papa asal bergaya pun tak mampu dilaksanakan kerana miskinnya yang teramat. Apalah nasib badan hidup dalam kalangan orang miskin. Siapa pun tak pandang.
Kita mungkin miskin juga. Tapi taklah sampai kais pagi makan pagi kais petang tak tahu dapat makan ke tidak. Kiranya kesusahan kita tu taklah sampai kita mati kebuluran sebab tak cukup makan. Masih bolehla nak beli makanan sehari-hari walaupun hanya ala kadar. Baju pun masih ada lagi untuk dipakai walaupun taklah baru mana. Kenderaan pun boleh ditunggang lagi walau motor kapcai atau Honda 70. Buruk-buruk pun adala..
Kita cuma tak mampu bergaya macam orang lain. Orang lain adalah duit lebih nak beli baju yang agak cantik sikit. Kereta pun agak selesa dan mesti berhawa dingin walaupun berhutang. Kira okaylah miskin kita tu. Masih ada lagi jabatan kebajikan masyarakat, pusat zakat, baitul mal. Kalau agak-agak susah sangat-sangat tu mintalah kat diorang. Insya Allah boleh teruskan hidup.Untungnya kita..
Kita tak tahulah apa yang berlaku kepada saudara kita di luar sana. Luar sana tu maksudnya luar dari Malaysia lah. Susah diorang tu ekstrem sangat. Sampai nak makan pun tak mampu. Nak sekolahkan anak jangan cakaplah. Mak dan ayah bekerja pun tak mampu nak bagi makan yang cukup. Sampaikan anak-anak diorang yang umurnya layak main guli dengan gasing pun di paksa bekerja. Nak buat macamana, kalau tak di paksa bekerja, kelaparanlah jawapnya. Kerana sesuap nasi kugagahkan juga badan ini bekerja walaupun tak daya mana badanku yang kecil ini.
Penat kan jadi orang miskin. Duit tak ada, rumah buruk, pakaian lusuh.Kesel, kesel.. Dah nasib badan. Saudara, tak apa saudara. Biar penat badan jangan penat jiwa. Kalau jiwa yang penat papa kedanalah nasih kita. Umpamanya kita ni sudah jatuh ditimpa tangga. Dahla miskin harta, miskin jiwa pula. Memanglah letih hidup ni.
Apa yang saya nak cakapkan disini. Kita ni biarlah miskin harta, jangan miskin jiwa dan rohani tu. Saya tak kasihan kalau orang yang miskin melarat sangat tu, tapi sembahyang tak ingat sebab sibuk cari rezeki. Apa ke nama hidup tu. Bukan apa, kita ni dahlah miskin. Lepastu tak ada orang yang nak memandang. Dahtu pandangan sapa lagi yang kita boleh harapkan kalau bukan pandangan Allah saja. Kesianlah sikit pada diri kita yang miskin ni. Belailah hati dan jiwa kita sampai jadi kaya. Baru hidup tak letih. Orak kesel!
Banyaknya orang susah jadi kufur. Kerana miskin, tuhan telah disalahkan. Mengapa aku miskin? Bagaimana mahu tenang menghadap Allah kalau perut masih belum terisi. Orang lain bolehlah cakap, dia tak merasa bagaimana pedihnya menahan perut yang lapar. Ya, wahai saudaraku..benar, saya tahu bahawa saudara sedang susah. Saya tak akan faham pun perasaan saudara sebab saya tak berada di tempat saudara. Tapi saya tahu saudara akan rugi kalau saudara lupa ingat tuhan.
Miskin juga rahmat, kaya juga rahmat. Miskin itu ujian dan kaya juga ujian. Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing. Jangan cemburu dan jangan dengki. Yang kaya bantu yang susah. Senang cerita kita kongsilah apa yang kita ada. Tak mampu beri yang banyak sikit-sikit pun jadilah. Buat rasa-rasa.
Orang miskin akan jadi lebih miskin kalau akhlaknya turut miskin. Kasihan.. Selagi ada daya usaha, usahalah. Jangan KESEL untuk menjadikan anda kaya jiwa. Hidup hanya perlu dijalani..Jom saudara, sama-sama kita jalani hidup ni dengan kental walau apa keadaan kita. Kalau saudara orang kaya, ingatlah pada yang kurang kemampuan. Yang miskin tu, bila dah kaya ingatlah semula saudara kita yang miskin lain.
Ingat ya pesanan saya... Jangan KESEL..untuk menjalani hidup. Ingatlah kita hanya menumpang saja di dunia ni.
# Maksud perkataan di atas tersebut ialah = Apa khabar? Kamu dah makan belum? Alhamdulillah saya sihat dan sangat gembira. Hari ini saya berada di Jabatan Mufti melayari internet. Saya nak bercakap tentang satu perkataan Jawa iaitu ---> KESEL
*Disebabkan saya orang Jawa maka saya menyebabkan kamu semua terpaksa baca perkataan Jawa ni.
~
siji
loro
telu
papat
limo
~
heee :)
faham ke? okeylah bai...
Sekian Wallahualam :)