top of page

BIYEN

Assalamualaikum wbt :)


Wes mangan? (Dah makan? - Jawa)


Saya jawab


Urung, pasale dinoki poso (belum sebab harini puasa)



Harini saya minat nak bercerita tentang zaman biyen. Mesti korang tak faham apa itu maksud BIYEN? Biyen adalah satu perkataan yang diketahui jika anda bertanya kepada saya dan kalau saya sudi nak beritahu kepada anda maka anda akan tahulah maksud itu. Hehehe. Nantilah ya saya beritahu apa maksud biyen tu. Lepas saya cerita pasal benda ni.




Dulu, masa sekolah rendah saya suka merayau-rayau sekeliling rumah bersama dengan sepupu-sepupu saya disekeliling kawasan yang berhampiran dengan rumah kami. Memandangkan rumah kami dekat-dekat maka selalulah kami main bersama. Boleh dikira satu kampung semuanya ada kaitan persaudaraan dengan saya. Itu mak saya yang beritahulah. Berhampiran rumah saya ada rumah pakcik dan makcik. Lima buah semuanya termasuk rumah nenek saya.




Jadinya, bila cuti sekolah hobi kami adalah merayau ke kebun orang. Kebun saudara jugaklah. Sebelah rumah saya ada kebun kelapa. Adala jugak pokok buah-buahan sedikit. Buah-buahan yang sekarang susah saya nak jumpa. Korang pun mungkin ada yang tak pernah dengar langsung nama buah tu. Panjat pokok tu dah menjadi perkara biasa antara kami. Maklumlah budak kampung.


Buah pertama yang saya nak beritahu ialah



BUAH NAM-NAM



Buah nam-nam ni rasanya Ya Allah.... masam sangat. Kalau makan mesti kecikkan mata. Masam betul. Tapi saya suka. Sedap. Terkecur air liur saya sekarang walaupun tak makan pun buah tu. Orang kelantan panggil buah tu buah katak puru. Sebab bentuk dia macam berkedut sikit. Katak puru kan badan dia macam berkedut dan menggerutu. Mungkin sempena itu buah tu diberi nama. Sebenarnya kat rumah nenek saya pun ada. Sekarang saya tak tahu pokok buah tu masih ada lagi atau tak. Entah-entah dah selamat ditebang.




Sebelum makan kita kena basuh dulu. Sebab ada debu-debu pokok sikit. Tapi kalau makan terus pun boleh. Saya biasanya sebelum makan saya basuh dulu. Kalau rajin saya buang kulitnya sebab dia agak pahit sedikit. Kalau malas kupas kulit saya makan je terus sekali dengan kulit-kulitnya. Sedapnya buah nam-nam!


Okeylah saya perkenalkan buah yang kedua pulak. Buah ni lagila korang jarang nampak. Entah-entah korang tak tahu.



BUAH KAWIS

Buah ni namanya kawis. Pelik sikit namanya. Sebelah rumah nenek saya ada pokok ni. Pokonya tinggi. Tak dapat nak capai dengan tangan buah dia ni. Biasanya dia akan jatuh ke tanah kalau dah masak. Buah ni kulitnya kerasa yang amat. Kalau kena kepala boleh benjol sebulan. Nak buka buah ni kena hentak kat batu. Tak pun hentak kat dinding. Keras sangat..




Buah ni sedap dimakan dengan gula. Buah ni lagi sedap kalau dia jenis lembik-lembik sikit. Maksudnya dah masak sangatla. Kalau yang kurang masak tu dia agak kering sikit. Ada biji dia sekali. Telan je sakali dengan biji dia. Tak mati Insya Allah :)




Masa dulu kitorang suka main baling tin. Ala main lari-lari sambil susun tin sampai tinggi tu. Sebelum main permainan tu kita kena baling tin tu dulu sampai runtuh. Selagi tak runtuh tin tu tak boleh main. Jadi, untuk runtuhkan tin tu saya guna buah nilah. Lempar kat tin. Nakal tak nakal namanya tu. Lempar buah macamtu. Sebab kulit dia keras dan berat. Jadi seronokla jadi bahan lemparan.



BUAH MARKISA


Buah yang ketiga ialah buah markisa. Buah ni dulu arwah abang ipar saya ada tanam. Dia jenis pokok merambat. Macam pokok anggur. Jarang ada orang tanam pokok ni. Yelah, buahnya tak sedap mana. Agak masam juga. Nak makan kena guna pisau untuk potong. Guna tangan bukan boleh buka. Tapi sekarang pokok tu dah lama jadi arwah. Dah lama mati pun.




Sekarang pun dah ada kordial air markisa. Rasanya sangat sedap. Tapi kalau buat sendiri mungkin lagi sedap kot. Rasa asli buah yang sebenar. Korang pernah makan tak buah ni? Kalau ada terjumpa buah ni kat pasar atau mana-mana tempat belilah satu. Rasa buah ni. Cuba benda baru.




Saya kalau ada peluang merantau ke mana-mana tempat yang saya tak pernah pergi dan jumpa buah-buah pelik saya akan cuba rasa semua. Kat dunia ni kan ada macam-macam jenis buah. Ada yang bentuk pelik-pelik dan rasa yang pelik-pelik. Cuba sesuatu yang baru sangat menyeronokkan :)




Okeylah kawan-kawan saya minta diri dulu ya. Ada umur dan masa saya akan sambung lagi cerita-cerita saya ya. Terima kasih sudi baca...


Sekian, Wallahualam :)


# biyen membawa maksud dahulu



SENARAI POS :
bottom of page