top of page

JEJARI

Assalamualaikum :)

Hai semua..sihat ke? ehehe

Harini boleh tak saya nak cerita pasal zaman dulu-dulu? Bolehla ya..

Saya nak bercerita pasal jejari. Apa benda tu? Kalau nak tau tengoklah gambar kat bawah ni -->

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal jejari tangan pun. Saja je tipu korang.Saya nak cerita tentang kenangan saya masa kecil-kecil dulu. Cerita berkenaan saya dan jejari. Jejari apa? Tengok gambar bawah ni -->

Jejari basikal la awak.. Dulu masa kecil-kecil saya selalu naik basikal. Jadi pembonceng.. Emak saya tak tahu naik motor. Takut katanya. Jadi untuk pergi ke tempat-tempat yang berdekatan emak naik basikal saja. Kadang-kadang tu emak bawa anak dia seorang kat belakang. Termasuk sayalah tu. ehehe.

Orang zaman dulu naik basikal sopan. Dia tolak basikal dulu, lepastu baru naik. Orang sekarang terus tunggang je basikal. Lepastu terus kayuh. Ada lagi ke orang zaman sekarang nak tolak basikal dulu baru tunggang. Adala kot. Tapi orang tua-tua je. Emak saya macam tu jugak bila nak naik basikal. Sekarang emak saya dah tak naik basikal dah. Dah tua dan uzur.

Okeylah saya sambung cerita. Saya ni masa kecil agak nakal sikit. Tak dengar cakap mak. Konon dengar..tapi tak buat. Selalu kena marah dengan emak. Ampun ya mak. Sekarang dah tak nakal dah. Sebab dah tua. Sedihnya..

Tiap kali naik basikal emak pesan kangkangkan kaki besar sikit. Takut nanti kaki tersangkut kat jejari basikal. Saya ni tak dengar cakap mak. Tengah seronok dan berkhayal masa naik basikal lupa pula nak jaga kaki. Tak kangkang besar-besar. Alih-alih kaki dah termasuk dalam jejari basikal. Tersepit.. Emak cuma perasan kaki saya tersangkut bila basikal tak boleh nak bergerak. Keras bila nak dikayuh. Memangla.. kaki dah tersangkut kat jejari tu.. Adoiii.. sakit.. :'(.

Kalau bawak laju dan kaki tersangkut, kecederaan yang dialami agak parah. Kaki boleh melecet teruk. Kalau kayuh perlahan tak lah teruk sangat lukanya. Tapi seingat saya, kaki saya pernah melecet teruk. Sampai bernanah kot kesan daripada melecet tu.

Emak saya ambik pengajaran daripada tu. Semenjak tu, setiap kali nak bawak kitorang yang masih kecil dan tak faham bahasa ni emak ambil inisiatif ikat kaki kitorang kat tengah-tengah basikal. Ikat guna kain. Baru selamat. Macam masih terbayang-bayang macamana keadaan kaki tu diikat kat celah basikal. Untuk elak kecederaan akibat tersepit pada jejari basikal.

Lawak je kalau ingat zaman dulu-dulu. Sekarang dah tak pernah nampak orang naik basikal yang bonceng anak kecil. Nak ikat kaki lagila tak ada. Budak-budak sekolah zaman sekarang pun basikal semua jenis racing (istilah yang kitorang panggil bagi basikal yang ada gear). Jarang ada tempat duduk belakang. Yang ada sayap tayar belakang je.

Tapi pengalaman kena jejari basikal tu memang terngiang-ngiang sampai sekarang. Parut kat kaki ni pun masih ada. Mesti saya nangis kuat dulu. Nangis sebab kena jejari basikal. Kalau korang nak rasa sakit ke tak cubala sendiri..

Dah lama tak naik basikal. Sejak habis tingkatan tiga, memang jarang dapat main basikal. Kat rumah tu ada basikal anak sedara. Nanti bila balik kampung nak cubalah naik basikal. Jalan-jalan bendang.Waahh bestnye...Oklah, setakat sini sajalah saya bercerita. Kbai :)

Sekian, Wallahualam :)


SENARAI POS :
bottom of page