top of page

BURUH KASAR

Malaysia boleh dikira sebagai negara yang agak baik juga berbanding negara asia yang lain. Pembangunan juga sedang berkembang dengan pesat sekali. Seiring dengan pembangunan ini maka ramai pekerja-pekerja buruh bangunan diperlukan. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap memilih kerja tentu tidak akan ramai yang sudi untuk bekerja sebagai buruh kasar. Kerja berat, gaji murah siapa yang mahu. Duit minyak dan makan je cukup. Duit mahu berjoli tak ada. Apa barang kerja buruh.

Aku pun termasuk juga mungkin dalam golongan yang memilih kerja. Iyalah, kita ada kelulusan tinggi takkanlah mahu kerja buruh saja. Apa guna selama ini kita memerah otak tapi akhirnya hanya memilih kerja buruh binaan yang menggunakan sepenuhnya tenaga tulang empat kerat. Sakit badan saja. Tapi, betul ke semua pekerja buruh asing tu semuanya tidak pandai sekolah? Tak juga rasanya.

Seindah manakah bekerja di atas bangunan seperti ini? Demi sesuap nasi

Di mana-mana kita boleh menyaksikan bagaimana kerasnya hidup sebagai buruh asing. Buruh asing kebanyakannya berasal daripada Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain. Demi wang, kerja apa pun sanggup dilakukan. Merantau ke Malaysia dengan impian yang menggunung untuk mencari pekerjaan yang halal bagi menyara keluarga yang hidup dalam kesempitan di negeri sendiri. Alih-alih bila sampai ke Malaysia ada yang ditipu tak dibayar gaji atau diberi gaji yang terlalu kecil. Nak hidup punya pasal sanggup juga diterima pekerjaan itu. Orang biasa-biasa macam kita, seribu kali fikir pun belum tentu nak terima kerja yang sedemikian.

Aku kadang tertinjau-tinjau juga macamana kerja buruh yang diorang buat. Ya rabbi.. kalau aku yang buat dah lama terseliuh urat-urat semua ni. Angkat papan, pasir, bata bagai. Bukan lelaki saja yang kerja begitu, yang aku takjubnya perempuan pun ada. Kuatnya..Sebenarnya bukan takjubla tapi kesian dengan diorang. Tinggal kat sebelah bangunan dalam pembinaan yang serba kekurangan. Cukup untuk melelapkan mata sahaja.

Kadang tu, ada juga buruh asing yang badannya kurus kering. Entah sebab tak cukup makan atau sebab kesan bekerja berat sangat. Kadang nak pandang diorang pun tak sampai hati. Sebab di balik mata diorang tu ada semacam rasa kerendahan yang boleh di tafsirkan melalui gaya pakaian dan wajah diorang. Kasihan. Siapalah aku untuk dipandang. Macam lalang di tepi jalan. Kadang aku senyum jugalah. Biar diorang rasa tak hina. Aku pun tak suka kalau orang pandang hina pada kita. Maka dengan itu aku sedaya upaya ingin membuatkan orang lain tidak merasa hina terhadap diri mereka sendiri.

Hebat sebenarnya diorang ni. Walau gaji tak banyak mana tapi masih boleh mengirim wang kepada keluarga. Boleh buat rumah besar lagi dengan duit yang dikirim tu. Tapi, kita mana tahu macam mana diorang kumpul duit banyak-banyak macamtu. Mungkin diorang makan ala kadar je. Setakat boleh isi perut kosong. Itulah realiti hidup. Kena berusaha keras di zaman yang serba DUIT ni. Apa-apa perlu duit. Sampai semua orang jadi hamba duit.

rahimah-sentiasa-rajin-mudah-mudahan

Apa aku cuba sampaikan kat sini ialah jangan pandang sesiapun di kalangan manusia ada yang lebih hina dari kita. Orang yang layak digelar mulia hanyalah orang yang punya hati budi dan pekerti yang baik. Allah hanya memandang keimanan kita. Harta, pangkat, kelulusan dan kerja itu tak penting. Itu semua hanya sementara sahaja. Mereka mulia kerana mencari rezeki dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Bukan dengan jalan yang haram.

Jangan lupa tanpa kehadiran mereka sebagai buruh ini, bangunan yang gah tinggi melangit tidak akan mampu berdiri tegak. Tangan-tangan yang kasar berkematu inilah yang melonjakkan nama Malaysia sebagai negara yang sedang membangun. Kita semua di muka bumi ini serupa sahaja. Tidak ada yang beza antara kita kecuali ketaqwaan.

tangan ini berusaha mencari rezeki yang halal

Menjadi insan leluhur dengan menghadiahkan seberapa banyak senyuman yang berperisa IKHLAS!

Sekian, Wallahualam :)


SENARAI POS :
bottom of page