TUBIATUN BINTI BASRI : EMAKKU
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah sampai hari ini masih bernafas lagi. Terima kasih Allah. Hari ini aku mahu menulis tentang emakku. Aku masih punya emak lagi. Orang lain mungkin sudah tiada emak. Syukur lagi pada Allah.
Allah terima kasih kerana memberi aku seorang emak yang baik, penyayang, bertanggungjawab, rajin, gigih, tabah dan segalanya yang baik pada emak. Aku sangat sayang pada emak. Allah beri emak kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aku sangat cinta pada emak. Emakku yang melahirkan aku dan mengasuhku serta memberi aku semangat dan harapan untuk terus hidup di dunia ini dengan tabah. Kerana emak, aku ada disini.
Emak, jasa emak takkan mampu aku bayar. Sampai bila-bila. Emak kau telah memberi aku kasih sayang yang tidak ada taranya. Mengapa emak sanggup bersusah payah untuk aku? Padahal emak tidak mendapat apa-apa darinya melainkan pahala dari Allah. Emak, aku harap emak sentiasa sihat dan bergembira di hujung usia emak.
Emak, disini aku ingin memohon berjuta kemaafan dari emak. Kerana syurgaku di bawah tapak kakimu. Kerana redha Allah itu ada pada keredhaanmu. Emak aku akur untuk terus mentaatimu. Emak aku akan terus menyayangimu. Aku berjanji akan sentiasa meyenangkan hatimu. Emak, sudahkah aku menjadi anak yang solehah untuk emak? Emak, aku ini banyak kesilapan padamu. Berapa kerapkah emak merasa tidak senang terhadapku? Emak sudilah kiranya engkau memaafkan anakmu ini. Emak, aku akan berusaha untuk menjadi anak yang baik untukmu.
Emak, dihujung usiamu Allah telah beri ujian besar dengan menarik nikmat kesihatan pada emak. Emak kiranya aku dapat merasa kesusahan dan sakit yang kau alami itu mampukah aku untuk terus tabah dalam hidup? Emak, engkau memang insan yang paling tabah yang pernah aku temui di dunia. Emak, aku mendoakan engkau akan terus sabar mengahadapi ujian ini. Allah menguji kita kerana Allah menyayangi kita. Emak, aku berharap dengan ujian sakit yang tertimpa itu dapat memudahkan urusan emak di akhirat nanti.
Emak, daripada emak aku banyak belajar tentang kehidupan. Daripada emak aku dapat berdikari dan belajar untuk menjadi orang yang berguna. Ya Allah betapa besarnya pengorbanan emak terhadapku. Allah ampunilah segala khilaf emak agar emak menjadi hamba yang beruntung di alam akhirat nanti. Kasihilah emak sebagaimana emak mengasihi aku yang teramat tika aku kecil dulu.
Sampai disini sahajalah catatanku.
Bagi yang masih punya ibu, sayangilah dia selagi mana mereka masih hidup. Peliharalah perasaannya. Berilah kasih sayang dan perhatian yang lebih di akhir hayatnya. Berkat dari ibu sangat penting untuk kita. Moga Allah ampuni kita sekiranya kita pernah melakukan kesalahan pada mereka. Insha Allah.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
My emak :)