Berlembutlah di Dunia Asing
Dunia asing
Semakin aku mendekat
Semakin aku terasa dijauhkan
Semakin aku kejar
Semakin aku letih
Dunia memang asing
Aku turuti segala kemahuanku
Ku fikir aku boleh bergembira dengannya
Rupanya hatiku tetap sakit
Dunia yang dicipta untuk menghancurkan hati manusia
Mengapa tetap degil wahai hati?
Tolonglah wahai hati
Manusia dan jin tidak dicipta melainkan untuk menyembah Tuhannya.
Janganlah degil wahai hati
Turutkan saja kata pemilikmu walau kau benci
Walau hatimu sakit kerana rasa terasing
Sejahtera itu datang dalam keadaan asing dan bakal pergi juga dalam keadaan asing
Bergembira dalam terasing
Wahai hati yang beku
Cairlah dengan rahmat Tuhan yang yang tersangat luas
Apalah yang ada sangat di dunia ini
Hidup abadi bukan disini
Tapi di dunia yang satu lagi
Lekas berlembutlah wahai hati
Allah sentiasa menyayangimu
Walau hidup di dunia yang asing
Jangan zalimi diri dengan dosa
Rasa sakit itu diri sendiri
Simpan kenikmatan yang sedikit di dunia ini
Kerana kita bakal meraikan kegembiraan yang besar
Jika berjaya memperoleh syurga.
Tuhan
Tolong aku dalam melembutkan hatiku sendiri
Kerana aku hidup dalam dunia yang asing
Maka aku takut untuk bersendiri
Tanpa kau jadi teman.
Kasihi aku Tuhan
Aku derita merinduiMu
Wahai Allah teman hatiku.