top of page

DERITA ITU MANIS

Walaupun kita hidup dalam negara aman, ketahuilah bahawa kita sedang berperang. Kita berperang dengan hawa nafsu kita. Penyakit wahn (cintakan dunia) memang merupakan musuh besar kepada kita. Persiapkanlah diri kita untuk berjuang di medan hidup menentang musuh ini. Ia adalah ujian yang besar. Berbahagialah orang yang mampu mengawal dirinya dan menjadikan Allah sebagai matlamat hidupnya yang abadi. Bagaimanapun keadaan kita, samada kita kaya, miskin, mulia, hina, pandai atau bodoh, itu semua tidak menjadi perkiraan Allah taala. Allah hanya mahu melihat ketaqwaan kita. Harta, rupa paras dan kepandaian tidak akan membawa kita kemana-mana jika hati dipenuhi dengan segala perkara yang jelek.

Jangan putus asa jika kita pernah melakukan perkara yang hina. Jangan adukan kepada sesiapa. Adukan pada Allah tentang kesedihanmu. Memang manusia itu diciptakan lemah. Sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu adalah orang yang bertaubat kepadaNya. Marilah jadi manusia yang mensucikan diri kerana kita mahu menghadap Allah dalam keadaan yang suci..

They still smile becausa they know material is not everythings :)

كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Setiap bani Adam berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat.”

(HR. Ibnu Majah).

Sekian. Wallahua'lam :)


SENARAI POS :
bottom of page