top of page

RINDU SEMBUNYI

Rindu

Yang

Tersembunyi

Dan

Jauh

Terlalu dalam

Tuhan

Bawa aku pergi

Aku mahu meninggalkan persinggahan ini

Aku sudah hampir tiada air mata

Kontangnya jiwaku

Hanya tinggal debu-debu

Yang bertaburan menghiasi mata hatiku

Tuhan

Bawa aku pergi

Ke satu tempat yang abadi

Yang berseri-seri

Penuh dengan senyuman

Malu

Aku malu denganMu

Tapi aku mahu denganMU

Maafkan aku yang teramat

Kerana tak mampu

meluahkan cinta

Yang pernah aku semai dulu

UntukMU

Tuhan

Kenapa aku tidak mampu menangis lagi?

Adakah dosaku menyebabkan aku begini

Jangan biarkan aku begini Tuhan

Aku tetap mahu berdegil

Yang aku masih punya RINDU

Yang sembunyi

Yang tiada siapa tahu

Tuhan

Berikan aku tangisan rindu

Jiwaku hampir mati

Jangan biar aku jauh

Jangan tinggalkan aku

Tuhan

Rinduku

Untukmu

Tersembunyi

Kau tahukan?

Ya Kau adalah Yang Maha Tahu

Apa yang tersembunyi dalam hatiku

MencintaiMu

Tiada

Kecewa

Yang ada

Hanya

TENANG

dan

DAMAI..

damaikanlah aku dalam dakapan CINTAMU..


SENARAI POS :
bottom of page